INDIVIDU bukan Islam yang memiliki wajah seperti orang Melayu sering berdepan dilema untuk makan di tempat awam pada bulan Ramadan.
Situasi sama turut dilalui Verdi Kornelis Omjai yang akhirnya mendapat solusi dengan meletakkan kad pengenalannya (IC) di atas meja ketika makan di restoran pada bulan puasa.
Menurut penganut Kristian Katolik dari Sabah itu, situasi dirinya dianggap tak berpuasa sudah beberapa kali berlaku sepanjang dia berada di Semenanjung.
Perkongsian cerita pemuda ini meraih perhatian ramai di Facebook.
"Saya buat ni sebab ada sejarah tersendiri. Saya duduk di Kuala Lumpur 11 tahun.
"Sampai sekarang, asal bulan puasa, saya kena tanya kalau makan di kedai mamak atau kedai bukan Chinese.
"Hampir tiap minggu saya kena tanya," ujar pemuda itu menerusi hantaran tular di Facebook.
Sampai sekarang, asal bulan puasa, saya kena tanya kalau makan di kedai mamak atau kedai bukan Chinese.
VERDI KORNELIS OMJAI
Dalam hantaran sama, dia mendedahkan pernah ditahan oleh penguatkuasa kerana disangka sebagai Muslim yang tidak berpuasa.
"Van putih sendiri pernah tahan saya. Tapi mereka yang malu sendiri la. Saya pun 'bodoh' juga. Dia beri salam, saya pun jawab salam.
"Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, saya sediakan IC. Letak di meja," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Aneh sikap famili bukan Islam di meja sebelah menjelang waktu berbuka, lepas Maghrib baru tahu sebabnya
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘judge’ pengunjung masjid, hanya ramai waktu berbuka tapi tak tunggu solat jemaah - “Ni tempat makan free ke?”
Di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju wajah pemuda ini mirip orang Melayu.
"Muka memainkan peranan bro. Macam orang Melayu.
Segelintir netizen turut bersetuju bahawa wajah lelaki ini mirip orang Melayu. -Gambar hiasan
"Nasiblah muka copy ori Melayu. Memang kena sedia IC la.
"Betullah muka ada macam Melayu Jawa sikit," tulis netizen di ruangan komen.