suria

Tak henti picit hon, laung ‘tempoyak’ tapi tak siapa beli! Abang Mat reda pulang bakul penuh, esok cuba lagi

Abang Mat berkongsi mengenai kesukarannya mencari pelanggan.

UNTUNG dan rugi merupakan lumrah dalam kehidupan mereka yang mencari rezeki dengan berniaga.

Namun, perkongsian seorang peniaga mengenai tempoyaknya yang tidak laku mengundang sebak netizen di TikTok.

Menurut peniaga yang dikenali sebagai Abang Mat itu, dia menjual tempoyak dengan menaiki sebuah motosikal.

Tempoyak sering dinikmati bersama nasi dan lauk-pauk. -Gambar hiasan

"Hari ini saya akan pergi berniaga, naik motor dari pintu rumah ke pintu rumah atau picit hon. Saya jual tempoyak sebotol RM10.

"Semalam saya pergi jual tapi tiada seorang yang beli. Saya bawa pergi penuh bakul, bawa balik pun penuh bakul.

"Hari ni saya akan cuba lagi. Kalau nampak saya picit hon, naik motor dan saya cakap tempoyak, tempoyak, tempoyak... itu sayalah, Abang Mat.

Hidup bukan perlumbaan siapa nampak mewah, tapi siapa paling kuat usaha tanpa pura-pura.

ABANG MAT

PENIAGA TEMPOYAK

"Kalau anda tengok Abang Mat, belilah satu," ujarnya menerusi video yang meraih hampir 60,000 tontonan.

Di sebalik dugaan itu, Abang Mat tetap bersemangat untuk meneruskan jualannya di sekitar Sikamat, Negeri Sembilan.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak pernah malu untuk mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka bisnes cuci kereta di rumah teres, makin naik lemak tak ada siapa lapor! Jiran masih sabar walau jemur baju tak pernah kering

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah rugi 10K bisnes di bazar sebab 'over confident', pemuda kini 'masyuk' jual air balang! Tawar emas kepada pelanggan

"Abang Mat nak pesan sikit dekat pemuda luar sana, jangan malu cari rezeki, malu kalau kita duduk goyang kaki tapi sibuk nak tunjuk kaya. 

"Kaya bukan pada poket penuh tapi pada hati yang rajin, tangan yang rajin, jiwa yang ikhlas. Hidup bukan perlumbaan siapa nampak mewah, tapi siapa paling kuat usaha tanpa pura-pura.

"Rezeki tak akan pernah salah alamat, tapi malas akan selalu salah alamat," pesan Abang Mat lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan kata-kata semangat buat peniaga tempoyak itu.

‘Ikan Patin Masak Tempoyak’ the dishes for this year’s Ramadan buffet dinner themed Kampong Festive Dining Experience at Shook! in JW Marriott Kuala Lumpur.

Patin masak tempoyak merupakan hidangan popular di negara ini. -Gambar hiasan

"Sedapnya tempoyak. Kalau ada jual macam tu kat area rumah saya, lama dah saya support.

"Sabarlah abang, berniaga memang macam tu, hidup tak selalu indah. Semoga ada sinar.

"Jalan terus bang, hidup ini memang keras," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain