suria

Bapa pilih kasih, cuma makan masakan kakak... Wanita lepas geram, tak sengaja biadab di meja makan

Tidak dinafikan ada antara golongan suami atau bapa yang bersikap cerewet bab makanan. -Gambar hiasan

BUKAN anak tiri mahupun anak angkat, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila menerima layanan dingin daripada bapa kandung sendiri.

Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita tersebut berkata bapanya terang-terangan menunjukkan sikap pilih kasih apabila menolak untuk menjamah hidangan yang disediakan buat keluarga.

Bukan setakat enggan menjamah, bapanya juga tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata sindiran yang mengguris hatinya sebagai seorang anak.

Wanita bergelar ibu mahupun anak perempuan sinonim dengan tugasan di dapur. -Gambar hiasan

"Aku suka masak dekat rumah mak mungkin sebab dah selesa dengan dapur mak aku. 

"Ayah aku suka masakan mak aku dan kakak aku. Kakak masak dia akan cakap depan-depan semua masa tengah makan 'oh **** masak meh nak rasa'.

"Bila aku masak dia senyap tak sentuh pun, kadang-kadang je dia sentuh, itu pun sambil komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pelik bapa garang bertukar penyayang! Punyalah rapat dengan cucu sampai cara bersalam pun lain macam

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kandung dipulaukan anak-anak, dengar suara pun tak suka... Rupanya dendam lama dilibas dengan ‘hanger’ masih berbekas!

"Aku selalu tanya suami, mak dan adik-beradik. 'Sedap tak aku masak?'. Diaorang semua cakap sedap tapi entahlah ayah aku," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Wanita tersebut turut berkongsi satu peristiwa yang membuatkan dia menangis kerana tidak sengaja meluahkan kata-kata kesat terhadap bapanya gara-gara terlalu sedih.

Awak banyakkan bersabar. Orang tua ni makin lama perangai dia makin pelik.

NETIZEN

"Ayah aku pernah cakap depan-depan aku, dia cakap '**** (aku) masak siapa je nak makan'. Hancur hati aku, sebab aku beli barang nak masak, sediakan bahan semua tapi ayah sendiri tak hargai. 

"Masa tu juga aku cakap dekat dia, aku dah tak nak masak bila balik rumah dia dan kalau dia tua nanti dia duduk rumah aku, aku tak nak masak... sambil menangis sebak.

"Balik berbuka rumah mak ayah aku hari tu, kakak masak lepas tu ayah tanya, 'siapa buat sambal tu?'. Mak cakap kakak aku. Ayah aku pun nak rasa. Esok tu aku masak, dia tak sentuh langsung," luahnya lagi.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Sekadar mauh meluahkan perasaan, wanita tersebut berkata dia langsung tidak berniat untuk mengaibkan bapa sendiri sebaliknya hanya mahukan kata-kata semangat daripada warga maya.

Menjengah ruangan komen, netizen rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan malah menyarankan supaya dia tidak putus berdoa agar bapanya berubah.

"Ramai yang senasib macam kita, dapat ayah yang cerewet, ego, tak reti hargai masakan anak. Dah bertahun-tahun terpaksa hadap perangai macam ni, memang dah level pasrah.

"Awak banyakkan bersabar. Orang tua ni makin lama perangai dia makin pelik, makin kebudakan. Jadi layan je," demikian antara komen netizen. 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain