KES sumbang mahram yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini sememangnya membimbangkan ramai ibu bapa.
Malah, seorang bapa turut meluahkan rasa risau apabila adik ipar lelakinya sering mencium anaknya yang masih kecil.
Pengadu meluahkan hal itu menerusi mesej WhatsApp yang dihantar kepada penceramah dan jurulatih keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Kanak-kanak sepatutnya dilindungi, bukannya dieksploitasi oleh orang dewasa. -Gambar hiasan
Mohd Fhais kemudiannya berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar pengadu menerusi akaun Facebook miliknya.
"Assalamualaikum tuan, saya nak minta pendapat dan nasihat. Bagaimana hendak menegur adik ipar lelaki yang sering mencium anak saya.
"Anak saya perempuan. Dan bagaimana cara saya nak beritahu anak saya. Anak saya umur tiga ke empat tahun. Saya nak ajar supaya dia tak disentuh orang bukan mahram.
Anak-anak perlu dilatih dan dididik tentang sentuhan selamat dan tak selamat.
MOHD FHAIS SALIM
PENCERAMAH/JURULATIH KEIBUBAPAAN
"Cukup sekadar bersalaman sahaja jika perlu," tulis bapa kepada kanak-kanak itu.
Menjawab pertanyaan itu, Mohd Fhais berkata si bapa perlu menegur perbuatan adik iparnya dan anak-anak juga hendaklah diajar mengenai sentuhan selamat.
"Bagaimana nak tegur? Kalau saya, saya tegur direct saja. Ada batas-batas sentuhan antara lelaki perempuan hatta adik beradik sekali pun tidak boleh berlebihan dalam menyentuh atau mencium berlainan jantina.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicabul bapa sejak kecil, terlepas seksaan 15 tahun kemudian sebab mak ayah cerai... Ramai mengaku senasib!
ARTIKEL BERKAITAN: 4 ahli keluarga selalu ‘usik’ masa kecil, kini baru tahu rupanya cabul! Mangsa geram datuk, pakcik durjana dah meninggal... 2 lagi masih bebas
"Ini sebagai langkah berhati-hati dan mencegah kita sebagai ibu bapa. Anak-anak perlu dilatih dan dididik tentang sentuhan selamat dan tak selamat," pesan penceramah itu.
Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi nasihat serta pengalaman mereka yang berdepan situasi sama.
"Saya pernah lalui macam ni. Saya ajar anak untuk menolak kalau pakcik dia nak cium dan peluk.
Ibu bapa perlu didik anak-anak mengenai sentuhan selamat. -Gambar hiasan
"Saya tak suka betul orang cium budak-budak sebab ramai pedofilia tak boleh dikesan.
"Cium pipi okay lagi, tapi cium bibir tu memang betul-betul nak marah. Aku dan suami pun tak cium bibir anak kami.
"Saya ajar anak-anak dari kecil hanya boleh salam dan cium tangan je, yang lain jangan bagi," tulis netizen.