suria

Boleh ambil, tapi minta izin dulu! Wanita terima padah abai pesan jiran, curi limau satu plastik

Kita tidak sepatutnya mencuri tanaman yang diusahakan jiran. -Gambar hiasan

SEJAK dulu, kita sering mendengar kisah mengenai individu yang membela saka untuk mengusahakan dan menjaga kebun.

Selain saka atau hantu raya, terdapat juga pemilik tanah yang mengamalkan pendinding seperti minyak penjaga kebun.

Di TikTok, seorang pengamal perubatan tradisional turut bercerita mengenai pesakitnya yang menderita akibat terkena minyak itu.

Tanaman limau boleh diusahakan di rumah atau di kebun. -Gambar hiasan

Menurut perawat Pusat Rawatan Ar-Syifa di Sibu, Sarawak itu, badan pesakitnya panas selepas dia mencuri limau yang ditanam jiran yang bukan beragama Islam.

"Tuan tanah pernah beritahu kalau nak ambil apa-apa dari kebun dia, kena minta izin dulu sebab dia letak minyak penjaga kebun.

"Kalau mencuri boleh jadi melekat dekat pokok atau seluruh badan jadi kepanasan dan paling parah, boleh sawan babi," ujar perawat itu.

Panas seluruh anggota badan akibat mencuri kebun jiran yang ada pendinding. Sampai rumah badan jadi panas berapi. 

PERAWAT PUSAT RAWATAN AR SYIFA

Menurutnya, pesakit wanita itu terlupa akan pesanan jirannya dan hanya menyedari kesannya selepas dia pulang ke rumah.

"Tengok pokok limau kasturi bukan main rendang dah buahnya, banyak sampai seret atas tanah. Geram punya pasal, ambillah satu plastik.

"Panas seluruh anggota badan akibat mencuri kebun jiran yang ada pendinding. Sampai rumah badan jadi panas berapi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rampas cinta jurutera kilang, wanita Indonesia ‘tanam’ sihir dalam makanan... Sanggup masak macam-macam!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sakit kepala lain macam, 10 tok bomoh kata kena sihir… Anak-anak makin terkejut lepas jumpa perawat ke-11

"Malam tu kulit kemerahan. Baru teringat mendiang tuan tanah cakap dulu. Nak minta maaf, orangnya dah tiada," cerita perawat itu lagi.

Dia turut berkongsi video, memaparkan pesakit itu sedang duduk di atas kerusi ketika proses rawatan.

Malah, pesakit itu turut menjerit ketika perawat cuba mengubati dirinya yang terkena minyak berkenaan.

Video itu menerima hampir 200,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

The swcorp enforcement officers doing their operation on the nab illegal dumping of waste in Kepong area. FAIHAN GHANI / The Star.

Ada pemilik kebun atau ladang yang membela saka untuk menjaga tanah mereka. -Gambar hiasan

"Kebun di rumah lama kami pun ada benda jaga. Ayah saya letak. Kami bukan Islam. Ayah pernah pesan dengan orang sekitar, kalau nak, jangan main ambil saja.

"Kami orang Sarawak terutamanya Iban tahu benda ini. Sebab tu kami diajar jangan ambil barang orang sesuka hati.

"Ada banyak lagi perkara ghaib dan pelik dalam negeri Sarawak, kalau tak percaya sila datang Sarawak," tulis netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain