suria

“Terhegeh-hegeh dia nak keluar!” - Aurat terdedah, wanita tengah ambil wuduk geram jemaah sejantina buka pintu ‘seluas alam’

Seorang wanita berkongsi pengalaman ketika solat di sebuah surau. -Gambar hisan

KETIKA wanita ini agak tergesa-gesa mencari tempat solat sebelum berakhirnya waktu, secara tidak semena-mena dia dia berdepan dengan situasi 'mencemaskan'.

Menerusi cerita di media sosial, wanita tersebut memberitahu kejadian berkenaan berlaku di surau di sebuah stesen minyak di Bangi, Selangor.

"Tadi aku terpaksa singgah stesen minyak untuk solat Maghrib sebab dah lewat. Surau tu dalam kedai tau, bukan kat luar macam biasa.

Pelbagai kemudahan yang terdapat di stesen minyak. -Gambar hiasan

"Tempat wuduk pula betul-betul sebelah pintu dan surau tu kecil sangat boleh muat tiga orang je untuk solat.

"Tengah elok ambil wuduk, tiba-tiba pintu terbuka luas-seluasnya. Aku memang terkejut, sebab bayangkan la surau tu dalam stesen minyak dan memang ramai orang tengah membeli kat luar," luahnya.

Dalam keadaan yang terkejut itu, dia terus menolak pintu surau sambil menunjukkan reaksi marah disebabkan ia dibuka oleh jemaah yang berada di dalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘panas’ suami mengadu kerap nampak jiran ‘belanja aurat’... Ambil parcel pakai coli je, ada masa berkemban

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah jahil agama, galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain... Melenting ditegur pasal solat

"Kalau orang dari luar (buka pintu), kita boleh faham sebab mereka memang tak nampak keadaan di dalam.

"Tapi awak tu dari dalam, kenapa tidak tunggu sekejap orang tengah ambil wuduk bagi selesai kemudian keluar la buka pintu seluasnya," dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Menurut wanita berkenaan lagi, nasibnya agak baik kerana ketika itu yang berada berdekatan surau adalah pelanggan perempuan.

Tolong la wanita-wanita sekalian, ada common sense untuk jaga aurat wanita lain.

PENGADU

"Itu pun yang aku nampak la, yang tak nampak tu aku tak tahu. Tapi itulah aku pun terus je ambil wuduk kat situ padahal dah tahu risiko.

"Masa aku terkejut nak tolak balik untuk tutup pintu, orang yang buka pintu tadi hanya tersengih... terhegeh-hegeh nak keluar, rasa geram pulak jadinya," ujarnya.

Walaupun marah dengan apa yang berlaku, pada masa sama dia juga cuba bersangka baik dengan jemaah wanita berkenaan.

"Mungkin orang tu nak cepat tapi tolonglah alert keadaan sekeliling, tolong jaga aurat wanita lain.

Setiap jemaah wanita perlu menghormati antara satu sama lain. -Gamba hiasan

"Saya kalau tak sebab lewat nak solat, saya dah keluar pergi ambil wuduk kat tandas perempuan di luar," katanya lagi.

Namun katanya, kejadian tersebut dijadikan sebagai satu pengajaran buatnya dan pengguna surau wanita supaya sentiasa menjaga aurat jemaah lain.

"Tolong la wanita-wanita sekalian, ada common sense untuk jaga aurat wanita lain. Muka hampir dah nak marah tadi tapi sebab fikir diri sendiri pun dah tahu risiko tapi sendiri 'redah' je ambil wuduk.

"Ini juga pengajaran supaya solat awal waktu, jangan hujung-hujung sampai jadi kalut," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain