suria

Risau umur 30 tahun belum kahwin, kawan ibu datang bawa jodoh... Wanita bingung dapat calon duda anak satu - “Dia mati bini atau cerai?”

Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. -Gambar hiasan

INDIVIDU yang masih bujang khususnya kaum wanita sering berdepan dengan tekanan sekeliling mengenai soal jodoh.

Ini kerana masyarakat kita khususnya Melayu seolah-olah terdoktrin dengan naratif mencari pasangan hidup adalah perkara penting terutamanya apabila umur semakin meningkat. 

Sehingga sampai satu tahap, golongan bujang selalu menjadi mangsa kepada ahli keluarga atau orang sekeliling yang berperanan seperti 'ejen cari jodoh', sebagaimana yang sedang dialami oleh wanita ini.

Namun dalam situasinya, wanita tersebut berkata individu yang mahu mencarikan pasangan untuknya bukanlah ahli keluarga terdekat tetapi kenalan kepada ibunya.

Setiap individu mengimpikan untuk dikurniakan pasangan yang memenuhi kriteria idaman. -Gambar hiasan

"Bercakap dalam telefon dengan ibu saya dan dia kata... Mak Yah nak kenenkan kau dengan duda anak satu," kongsi wanita berusia 30 tahun ini.

Bukan bersikap skeptikal pada golongan duda, namun wanita tersebut mempunyai pendirian sendiri apatah lagi ia melibatkan pasangan yang akan sehidup semati.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita usia 30 tahun mengeluh jodoh belum sampai, salahkan diri tiada kerja tetap... Wajah pula kategori ‘biasa-biasa’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cari jodoh di laman sosial, minta calon berminat isi borang khas... Ramai musykil tanya gaji, komitmen bulanan

"Soalan saya yang pertama adalah... dia duda mati bini or duda cerai?

"Sebab pada usia 30 tahun, saya tak merancang untuk berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kemungkinan terikat dengan masa lalunya.

"Nanti masalah ex-wife carilah, ex-wife itu, ex-wife ini. Saya tak mahu terlibat dengan drama. Saya dah cukup pening kepala dengan kehidupan sendiri," tulisnya lagi.

Duda atau single sama je... akhirnya kena tengok sikap tuan badan.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur, dengan ada yang bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan dan juga sebaliknya.

Malah ada yang berpendapat, mengahwini duda yang kematian isteri sebenarnya lebih perit berbanding dengan duda yang bercerai dengan pasangannya.

"Kawan saya kahwin dengan duda isteri meninggal tapi duda tu tak move on pun sebenarnya dengan isteri pertama. Belum hal anak-anak yang tak suka mak tiri lagi. Kesian sangat dekat kawan.

"Cerai mati ni lagi susah nak move on. Awak akan bersaing dengan 'hantu' masa lalunya. Nak cemburu, macam tak patut pula sebab orangnya dah tak ada. Awak akan terus dibandingkan," komen netizen. 

Netizen berkongsi pengalaman serta kisah masing-masing di ruangan komen.

Namun segelintir yang lain berpandangan, tidak wajar untuk memukul rata terhadap golongan duda hanya kerana pengalaman buruk wanita lain.

"Duda ke single sama je. Akhirnya kena tengok sikap tuan badan. Yang single pun ada yang menanggung beban lampau, yang duda pun sama, yang ada anak pun sama, yang tak ada anak pun sama.

"Simple. Awak just buat solat istikharah minta petunjuk daripada Allah. Biar Allah yang tentukan keputusan yang sesuai," demikian komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain