suria

Sayu tengok wajah ibu, penat jadi hamba anak menantu... Balik kampung semua jadi ‘diva’, celik mata tahu nak makan je!

Tidak dinafikan ada segelintir individu yang tidak menghargai pengorbanan seorang ibu. -Gambar hiasan

SETIAP insan bergelar ibu tidak pernah berkira untuk berkorban waktu, tenaga dan perasaan demi anak-anak. 

Lebih-lebih lagi jika anak mahupun menantu mahu pulang ke kampung, ibulah individu yang paling sibuk mengemas serta menyediakan hidangan demi menyambut kepulangan mereka.

Biarpun tidak mengeluh atau merungut kepenatan, namun ia bukanlah tiket untuk anak-anak bersenang-lenang seperti tetamu dan membiarkan ibu melakukan setiap kerja rumah seorang diri.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan sikap adik-beradik sendiri yang tergamak memperlakukan ibu mereka seperti orang gaji setiap kali pulang ke kampung.

Tugas memasak mahupun mengemas rumah perlu dilakukan bersama-sama dan tidak mengharapkan ibu sahaja. -Gambar hiasan

"Aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi setiap kali balik kampung, hati aku sebak tengok mak sendiri. Aku dah kahwin, ada dua anak. Aku balik kampung sebab nak tengok mak, nak dia rasa gembira.  Tapi setiap kali abang dan kakak aku balik, mak jadi orang gaji dalam rumah sendiri.

"Masa sahur, mak bangun sorang-sorang siapkan makanan. Kakak? Kak ipar? Bangun, makan, lepas tu sambung tidur. Aku walaupun tak makan sahur, tetap bangun tengok mak, tolong apa yang patut," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di TikTok.  

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sakit kepala lain macam, 10 tok bomoh kata kena sihir… Anak-anak makin terkejut lepas jumpa perawat ke-11

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal terima pelawaan tinggal bersama ibu, wanita penat dilayan macam orang gaji! Kadang terlepas geram pada anak kecil

Tambahnya, tidak cukup 'berperang' di dapur pada awal pagi, ibunya akan bertungkus-lumus menyediakan hidangan berbuka puasa untuk seisi keluarga pula menjelang petang.

Seperti biasa ujarnya, hanya dia dan ibu yang akan menyiapkan hidangan tanpa sedikit pun dibantu oleh adik-beradik mahupun iparnya.

"Aku tengok mak, dia nampak penat, tapi dia tak pernah cakap apa-ара. Aku pernah tanya... mak, kenapa akak dengan menantu mak tak tolong?.

"Mak cuma senyum... biasa la tu. Sejak bila mak kena jadi hamba dalam rumah sendiri itu hal biasa?

Common sense. Nampak mak masak sorang-sorang, tolong. Kalau tak nak tolong, belilah apa-apa.

NETIZEN

"Aku pernah tegur kakak aku, tapi dia melenting dan merajuk. Terus tak nak cakap dengan aku, tak nak cakap dengan mak," kongsinya lagi.

Sudahlah culas membantu memasak, ujarnya adik-beradiknya juga bersikap diva apabila memilih untuk enggan berkongsi bilik kononnya demi keselesaan anak isteri masing-masing.

"Rumah mak bukan besar. Aku okay je tidur di ruang tamu. Tapi kakak dan abang aku? Nak bilik sorang satu. Sampai mak kena fikir keselesaan semua orang, sedangkan mereka tak fikir pun tentang mak.

"Aku tak reti nak tulis panjang-panjang, tapi kalau kau balik kampung, tolonglah ubah perangai. Jangan buat mak macam hamba.

"Dan untuk lelaki, ingatkan isteri masing-masing. Jangan biar mak buat semua benda sorang-sorang, sedangkan isteri kau duduk goyang kaki," tulisnya lagi.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang turut meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat merasai situasi yang dialami individu berkenaan. 

"Common sense. Nampak mak masak sorang-sorang, tolong. Kalau tak nak tolong, belilah apa-apa... bagi mak duit. Mak tu dah semakin tua, jangan buli dia.

"Aku lebih suka balik kampung tanpa beritahu... tiba-tiba muncul je supaya orang tua tak sediakan apa-apa.

"Anak lelaki pun kena masuk dapur... ajak isteri sekali," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain