DALAM sesebuah perkahwinan, gurauan antara suami dan isteri sering menjadi penyeri hubungan.
Namun ada ketikanya gurauan yang dianggap remeh boleh menggores hati pasangan lebih-lebih lagi jika melibatkan hal sensitif.
Seorang wanita menceritakan pengalamannya menyaksikan seorang suami bergurau dengan cara yang dianggap kurang sensitif terhadap perasaan isteri.
Seorang wanita menceritakan kejadian berlaku ketika sebuah majlis buka puasa. -Gambar hiasan
Menurut individu berkenaan, dia terdengar perbualan tersebut ketika berbuka puasa di luar bersama keluarga.
"Saya terdengar seorang suami ni bergurau. Dia duduk satu meja dengan kawan-kawan yang ada isteri dan anak-anak sekali.
"Tiba-tiba datang kawan satu pejabat, seorang perempuan dah kawin dan beranak pinak dah. Mereka nak bersalam-salaman. Si suami cakap... eh salam, aunty ni paling lawa dekat ofis ayah.
ARTIKEL BERKAITAN: Derita hingga nafas terakhir! Abang loreng angau dengan wanita lain, isteri pendam sampai jatuh sakit
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki puji melangit wanita dulu-dulu, tak kecoh beranak ramai - “Perempuan moden anak baru 2 dah menggelupur”
"Mungkin niat nak bergurau tapi si ayah cakap benda tu depan isteri. Apabila saya dengar je terus curi-curi pandang isteri dia," ujarnya menceritakan situasi.
Meskipun mungkin hanya berniat untuk bergurau, individu tersebut mengakui kurang senang dengan situasi berkenaan.
"Memang la orang kata lebih baik cakap depan-depan. Tapi saya tak tahu la saya kuno ke apa. Bagi saya, memang benci dengar benda tu.
Jenis suami tak sensitif dengan perasaan isteri ni memang saya bagi jelingan maut je.
NETIZEN
"Depan isteri nak bergurau puji orang lain. Walaupun isteri dia mungkin okey tapi bukan bagi saya. Saya sudah banyak layan drama dunia.
"Saya pun kenal ramai orang dan saya memang tak suka dengar bergurau cara mengarut ni. Kalau saya boleh kakikan, saya kakikan je," jelasnya.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata kurang senang dengan sikap suami berkenaan.
Komen netizen di media sosial.
"Jenis suami tak sensitif dengan perasaan isteri ni memang saya bagi jelingan maut je.
"Kita yang baca ni pun sakit hati tau. Lagi-lagi kalau ada dalam situasi tu. Memang saya sound je laki tu kalau perangai teruk.
"Depan isteri je dah macam tu. Kalau belakang bini dia apa lagi... satu ofis pula tu," beberapa netizen.