suria

El Azman nafi tiru rekaan samping, sedia ambil tindakan undang-undang - “Motif keris hasil interpretasi tersendiri”

El Azman nafi Elrah Exclusive tiru rekaan samping jenama lain.

ISU mengenai jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive yang didakwa meniru rekaan kain samping bermotifkan keris kecoh menjadi bualan sejak Selasa.

Selepas teruk diasak netizen, pengasasnya iaitu El Azman akhirnya tampil memberi penjelasan menerusi kenyataan dua muka surat pada awal pagi Rabu.

Menurut El Azman, dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan plagiarism itu merosakkan reputasi jenama keluarannya.

Samping keluaran Elrah yang didakwa mirip rekaan sebuah lagi jenama lain.

"Elrah Exclusive menegaskan dakwaan yang dibuat ke atas koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 adalah tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

"Kami juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan yang tidak berasas ini menjejaskan reputasi dan kredibiliti Elrah Exclusive," ujarnya tegas.

Menurut El Azman, motif keras sudah lama wujud dalam seni tekstil Melayu, sekali gus menolak dakwaan pihaknya cuba meniru rekaan jenama lain.

Motif keris yang digunakan dalam koleksi kami adalah hasil interpretasi tersendiri dan bukanlah salinan langsung daripada mana-mana karya berdaftar.

EL AZMAN

PENGASAS ELRAH EXCLUSIVE

"Motif keris bukanlah sesuatu yang dicipta oleh satu individu atau keluarga tertentu, tetapi merupakan sebahagian warisan budaya nusantara.

"Oleh itu, motif ini tidak boleh didakwa sebagai milik eksklusif mana-mana pihak," ujar usahawan terkenal itu.

Menurut El Azman lagi, pendaftaran hak cipta ke atas motif keris yang dibuat oleh sebuah jenama pakaian terkenal juga tidak membuktikan motif tersebut dimiliki oleh mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik jenama baju Melayu terkenal didakwa tiru rekaan samping! Pempengaruh mahu bersemuka - “Kamu ada nombor suami saya”

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman tambah koleksi kereta mewah, siap dah beli nombor plat ‘D7’

"Kami mendapati pihak yang mendakwa hak ke atas motif ini hanya mendaftarkan hak cipta mereka pada 2025. 

"Ini bermakna mereka baru sahaja mendapatkan perlindungan hak cipta dan tidak mempunyai bukti rasmi mereka memiliki motif ini sejak 1890 seperti didakwa.

"Motif keris yang digunakan dalam koleksi kami adalah hasil interpretasi tersendiri dan bukanlah salinan langsung daripada mana-mana karya berdaftar.

Tyra mendakwa samping Elrah diciplak oleh jenama lain.

"Selagi motif digunakan tidak meniru secara tepat karya yang didaftarkan di bawah hak cipta, ia bukan satu kes pelanggaran hak cipta," jelasnya lagi.

Dalam kenyataan sama, El Azman turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang membangkitkan isu rekaan keris itu selepas koleksinya dilancarkan.

Untuk rekod, mStar pada Selasa melaporkan pempengaruh popular Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan kain samping keluaran suaminya, Emran Rijal diciplak oleh sebuah jenama baju Melayu terkenal.

Dalam perkongsiannya, Tyra turut memuat naik imej Sijil Hakcipta rekaan samping bercorak keris keluaran jenama suaminya sebagai bukti.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain