suria

Kawan ejek bihun goreng ibu rasa sabun, anak pulun habiskan sambil menangis tepi tandas sekolah

Majlis jamuan di sekolah sudah menjadi tradisi. -Gambar hiasan

SEPANJANG bulan Syawal, banyak majlis rumah terbuka dianjurkan di pelbagai peringkat.

Di sekolah-sekolah pula, jamuan raya turut diadadakan bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam itu.

Namun, seorang wanita dikenali sebagai Balqis mendedahkan dia mempunyai kenangan pahit melibatkan jamuan raya di sekolahnya.

Bihun goreng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian di TikTok, Balqis berkata dia menangis apabila masakan ibunya dihina oleh seorang rakan.

"Dulu masa jamuan raya sekolah rendah, pernah makan bihun goreng senyap-senyap tepi tandas masa semua orang dah balik.

"Sebabnya, ada kawan yang tak suka kita sengaja complaint bihun goreng mak rasa sabun. Lepas tu dia siap buat gaya nak termuntah depan orang lain.

Ia tetap bibun yang paling sedap, sebab ia datang daripada tangan seorang ibu.

BALQIS

"Kita makan sambil teresak-esak tapi tetap habiskan juga sebab yang masak tu mak kita," tulisnya dalam hantaran itu.

Menurut wanita itu, mungkin masakan ibunya kurang sedap kerana ia dimasak pada waktu awal pagi.

Namun, dia tetap menganggap semua masakan ibunya sebagai juadah yang paling enak kerana dihasilkan dengan penuh kasih sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat cikgu ikut trend, buat jamuan perpisahan di hotel! Kutip seorang RM50, mak ayah tak mampu tak payah pergi

ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah... Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp

"Mungkin mak kita tak sedar kalau bihun tu ada rasa lain sikit. Mungkin dia terlalu letih bangun awal pagi nak siapkan semuanya.

"Atau mungkin dia masak dengan penuh kasih sayang sampai tak perasan apa-apa. Tapi bagi kita, tak kisahlah apa orang kata.

"Ia tetap bibun yang paling sedap, sebab ia datang daripada tangan seorang ibu," tulisnya lagi.

Primary school students arranging books into their bags . Story on reduce of books in students schools bags. (14/4/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya tidak menjadi pembuli di sekolah. -Gambar hiasan

Perkongsian kisah itu menerima lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Pelik kan? Macam mana budak tu boleh jadi jahat? Padahal masih kecil.

"Sebab itulah ibu bapa kena ajar anak-anak tentang adab," tulis netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain