suria

Mulut tak henti-henti merungut, mengeluh penat jaga anak... Ibu menyesal lepas dua insiden jadi depan mata - “Rasa macam Allah tegur”

Kanak-kanak mempunyai ragam dan keletah yang tersendiri. -Gambar hiasan

ANAK merupakan amanah yang dianugerah Allah kepada setiap pasangan suami isteri. 

Seperti wanita ini, dia berjaya memperoleh zuriat selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

Meskipun gembira dan teruja bergelar ibu, namun sebagai manusia biasa dia mengakui berasa letih serta penat menguruskan cahaya mata yang masih kecil. 

Rumah yang mempunyai anak kecil cenderung dipenuhi pelbagai jenis alat permainan

Rumah yang mempunyai anak kecil cenderung dipenuhi pelbagai jenis alat permainan

“Kebelakangan ni, saya kerap mengadu dengan suami tentang penatnya menjaga anak yang berumur setahun lima bulan. 

“Tengah lasak, cergas dan cerdas. Tambahan pula dia menyusu badan… memang sangat meletihkan sampai saya rasa tiada ruang dan masa untuk diri sendiri,” luahnya menerusi hantaran di media sosial.

Bagi wanita ini, perasaan yang dialaminya itu bukanlah disebabkan tidak mendapat bantuan daripada suami, sebaliknya berpunca daripada ragam anak kecil yang dalam proses tumbesaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat urus kembar sendirian, wanita beri amaran enggan tambah anak... Siap bentang perangai buruk suami, tak bertanggungjawab!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami asyik ajak tambah anak tapi pemalas! Wanita minta kaum isteri fikir dulu emosi, kesihatan mental sebelum setuju

“Suami memang banyak tolong dan urus anak. Saya letih sebab baju yang saya lipat berterabur… apabila masak, anak keluarkan semua periuk belanga.

“Rasa letih apabila anak sepahkan mainan selepas rumah dikemas. Saya rasa macam bukan diri saya sendiri kerana rasa cepat tertekan,” tambahnya lagi.

Menerusi perkongsian yang dilakukan itu, dia turut meluahkan rasa kesal kerana rungutan tersebut membuatkan anaknya berhadapan insiden yang tidak diingini. 

Sesekali keluar bawa anak sunning and grounding, bagus untuk anak dan awak juga.

WARGA MAYA

Umpama menerima ‘teguran’ daripada Allah, dia akui rasa terkejut apabila melihat cahaya matanya terjatuh beberapa kali. 

“Baru-baru ni jatuh katil, hari ni sekali lagi anak jatuh… kali ni dari meja. Sekelip mata je dia jatuh.

“Masa ni memang tergamam sangat, rasa macam Allah tegur sebab saya tunggu enam tahun untuk dapat anak, tapi asyik rasa penat selepas dapat.

Warga maya turut berkongsi pengalaman dan menasihatinya

Warga maya turut berkongsi pengalaman dan menasihatinya

“Allah tegur yang anak tu pinjaman, kalau kita lalai, terlalu berkira-kira… bila-bila masa Allah boleh ambil, yang mana saya tak sanggup kehilangannya,” corernya sayu.

Menurut wanita ini, walaupun anaknya dilihat kembali ceria dan cergas bermain selepas insiden yang berlaku, namun jauh di sudut hatinya masih berasa bimbang.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada golongan ibu.

Kebanyakannya berkongsi pengalaman yang sama sambil memberi beberapa tip dan nasihat untuk dijadikan panduan. 

“Rasa penat tu valid je apabila jadi mak, kita tak boleh perfect. Ada masa kena tutup mata kalau rumah bersepah. Ajar je dia kemas mainan balik dan kalau penat, rehat sis.

“Saya sarankan, kalau anak sepahkan mainan dia… biarkan je dan jangan kemaskan selagi bukan waktu dia tidur.

“Tak salah rasa penat tu, sebenarnya bukan fizikal kita yang penat, tapi mental. Anak umur tu normal je mainan bersepah, asalkan rumah bersih. Sesekali keluar bawa anak sunning and grounding, bagus untuk anak dan awak juga,” demikian antara nasihat daripada warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain