suria

Minta layan anak sebab nak makan, suami dah kenyang buat-buat tak faham - “Rasa nak terbalikkan meja!”

Suami isteri sewajarnya bertolak ansur dan bergilir-gilir menjaga anak. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN berumah tangga bukan sahaja melibatkan hubungan cinta antara suami dan isteri, tetapi juga memerlukan kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam menguruskan keluarga.

Salah satu cabaran besar yang dihadapi pasangan suami isteri adalah membahagikan tugas dalam menjaga anak-anak.

Namun dalam sesetengah kes, ada suami yang memilih untuk mengabaikan tanggungjawab tersebut dan melepaskan beban sepenuhnya kepada isteri, sebagaimana luahan yang dikongsikan seorang wanita ini.

Tugas menjaga anak bukan terletak pada bahu isteri sahaja. -Gambar hiasan

Menerusi hantaran di laman sosial, wanita tersebut meluahkan rasa geram apabila suaminya langsung tidak peka untuk mengambil alih tugas menjaga anak mereka memandangkan dia masih belum menjamah makanan.

"Husband dah siap makan, saya panggil dia minta tengokkan anak. Dia boleh tanya nak tolong apa, dah budak tu nak makan. Saya cakap tolong layanlah sebab saya nak makan pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami asyik ajak tambah anak tapi pemalas! Wanita minta kaum isteri fikir dulu emosi, kesihatan mental sebelum setuju

ARTIKEL BERKAITAN: Suami selesa menganggur, kuat membuta! Cuma mahu ‘kerja’ hantar anak ke sekolah, bini ke pejabat - “Dia bangun hanya untuk makan”

"Dia boleh nak pass dekat anak yang besar, dia cakap... Adam dah siap makan, tengoklah adik tu. Dia duduk perhati je dari meja hujung.

"Ni anak kau ke anak kepada anak kau? Tanggungjawab siapa? Ya Allah time ni rasa nak terbalikkan je meja," luahnya.

Tambah wanita berkenaan, lebih memalukan anak lelakinya yang masih kecil juga tersentak dengan tindakan bapa sendiri sehingga menggelengkan kepalanya.

Itu realitinya... masih ada suami yang terikut perangai ayah dan datuk dia.

NETIZEN

"Makin tua makin tak function. Saya terus cakap dekat anak. Nak kahwin nanti pergi kursus dengar betul-betul apa yang diajar, tanggungjawab dalam keluarga tanggungjawab siapa.

"Isteri cuma tolong meringankan. Hargai setiap bantuan isteri. Ada anak nanti jaga sama-sama... macam mana awak penat apabila mama selalu minta tolong, penat lagi apabila kena buat sorang-sorang. Yang penting, isteri bukan maid," tulisnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan memahami situasinya kerana  sedang melalui perkara sama.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Paling tak boleh brain apabila makan luar, kita memang akan suap anak dulu, dia dah siap makan dengan tenang lepas tu dia terus gerak hisap rokok.

"Ujian terbesar seorang isteri, adalah suami. Macam mana isteri tu nak layan suami macam raja, kalau suami pun layan anak dan isteri gitu-gitu je.

"Itu realitinya... masih ada suami yang terikut perangai ayah dan datuk dia. Jenis dekat rumah isteri buat semua benda. Kerja dia cari duit bagi nafkah zahir batin. Balik rumah dia nak rehat," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain