RAGAM orang yang berhutang setiap kali diminta membuat bayaran kadangkala cukup memeningkan kepala.
Jika hendak diikutkan kini segalanya di hujung jari dan memudahkan penghutang untuk membuat pembayaran menerusi pelbagai platform dalam talian.
Namun ada segelintir individu memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada melunaskan hutang walaupun kaedahnya lebih ringkas dan mudah.
Selain platform dalam talian, pindahan wang boleh juga dilakukan di mesin ATM. -Gambar hiasan
Begitulah yang dialami seorang pemuda apabila terdapat pihak yang memberi pelbagai alasan termasuk sebab-sebab pelik sehingga membuatkan bayaran hutang tertangguh.
"Kenapa apabila diminta transfer duit atau bayar sesuatu, ada orang akan bagi alasan pelik seperti... nanti transfer sebab baru balik kerja atau lambat sikit sebab dalam kereta on the way balik kampung.
"Lagi alasan pelik seperti... esok transfer sebab dah malam atau kejap lagi transfer sebab nak keluar makan. Walhal dalam masa menaip tu, boleh selesai dah transfer tu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Runner keluar dari pagi tukar duit raya, wanita terkejut upah naik ‘double’ selepas pergi bank ke-12
ARTIKEL BERKAITAN: Nak solat Maghrib di masjid, lelaki berbaju Melayu buat drama sedih minta ‘transfer’ duit! Wanita tak boleh positif, tutup rapat tingkap kereta
Malah, timbul tanda tanya apakah sebenarnya alasan segelintir individu yang dikatakan 'liat' untuk membuat bayaran sedangkan ia mudah dilakukan secara dalam talian.
"Adakah itu sekadar alasan untuk melengah-lengahkan atau memang ada orang suka transfer duit dalam keadaan sedang tak buat apa-apa langsung?" ujarnya.
Transfer duit nampak macam senang, tapi cuai sikit je... hilang duit.
NETIZEN
Menerusi ruangan komen, netizen memberi pandangan dan reaksi masing-masing mengenai hal yang dibangkitkan pengadu.
"Nak tenang-tenang transfer atau kau yang tak bersabar?
"Transfer duit bukan boleh buat kalut-kalut. Kena betul-betul fokus dengan urusan tu supaya tak tersilap transfer.
Sikap ambil ringan terhadap sesuatu perkara boleh memberi kesan kepada orang lain. -Gambar hiasan
"Line tak elok pun satu hal. Setakat hantar terima WhatsApp mungkin lepas, tapi untuk perbankan Internet. Connection tak cukup stabil. Transfer duit nampak macam senang, tapi cuai sikit je, hilang duit.
"Nak buat pindahan wang memang kena tenang-tenang, lagi-lagi musim nak raya ni. Banyak benda nak kena transfer. Duit jahit baju, duit cookies, nanti tertukar," demikian antara komen netizen.
Pada masa sama, ada yang menyifatkan ia juga sering dijadikan alasan bagi mereka yang sebenarnya tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran secara dalam talian.
"Orang tu tak ada duit, lepas tu lupa nak bayar. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih," komen netizen.