suria

Dakwaan tiru rekaan samping tak jejaskan Elrah, El Azman syukur catat jualan RM250 juta

El bersyukur target jualan RM250 juta berjaya dicapai.

MESKIPUN terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan meniru rekaan samping jenama pakaian lain, pemilik Elrah iaitu El Azman menjelaskan ia tidak memberi sebarang kesan kepada jualan produknya.

Dia bagaimanapun mengakui kontroversi ini sedikit menjejaskan nama baiknya, namun kata El atau Mohd Himi Che Azman, 37, perkara tersebut membuatkan jualannya meningkat naik walaupun pada hujung Ramadan. 

“Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.

El berkata kejayaan yang diraih bukannya datang bergolek dalam masa singkat.

El berkata kejayaan yang diraih bukannya datang bergolek dalam masa singkat.

“Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.

“Namun selepas perkara itu tular, ia tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah syukur meskipun di hujung Ramadan ini,” katanya kepada mStar

Bagaimanapun jelas El, peningkatan jualan bukanlah disebabkan perkara tersebut semata-mata, namun adalah hasil usahanya menjadikan barisan artis tempatan selain jaguh Muay Thai iaitu Rodtang dan Tawanchay sebagai duta produk.

Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai.

EL AZMAN

 

 

PEMILIK JENAMA ELRAH

Malah El turut menzahirkan rasa syukur apabila tahun ini target jualan sebanyak RM250 juta berjaya dicapai sebelum Syawal menjelang tiba.

“Dengan pengambilan Roadtang dan Tawanchay, ia membuatkan lebih ramai mengenali jenama kami ini. Pengambilan mereka (sebagai duta) memberi kesan baik kepada jenama Elrah. 

“Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai. Angka ini bukan datang semalaman. Ia adalah hasil dari tahun-tahun usaha tanpa henti, eksperimen strategi, dan keberanian untuk berubah mengikut arus pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman nafi tiru rekaan samping, sedia ambil tindakan undang-undang - “Motif keris hasil interpretasi tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman tambah koleksi kereta mewah, siap dah beli nombor plat ‘D7’

“Untuk pengetahuan, jualan di Thailand sangat meningkat iaitu kepada RM70 juta. Malah pengaruh Aisar Khaled dan Fadhli di Indonesia juga meningkatkan jualan di negara sana,” ujarnya lagi.

Selasa lalu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan kain samping yang dikeluarkan oleh suaminya, Emran Rijal diciplak oleh sebuah jenama baju Melayu terkenal.

Dakwaan tiru rekaan samping tak jejaskan Elrah.

Dakwaan tiru rekaan samping tak jejaskan Elrah.

Susulan dakwaan itu, pemilik Elrah tampil memberikan penjelasan pada Rabu dengan mengatakan dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

Menerusi kenyataan sama, El berkata dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan plagiarism itu merosakkan reputasi jenama keluarannya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain