suria

Anak simpati kenang mak ayah sunyi beraya di kampung! Akui raya rumah mentua jauh lebih meriah

Seorang wanita menceritakan suasana beraya di kampung sendiri yang dianggap hambar. -Gambar hiasan

SETIAP kali Aidilfitri menjelang, topik 'beraya di kampung siapa' sering menjadi perbincangan di media sosial.

Perdebatan ini kembali hangat pada tahun ini apabila ramai berpendapat bahawa keputusan untuk pulang beraya sepatutnya bergantung kepada pilihan individu.

Tidak semestinya mengikut sistem giliran, ada juga yang berpandangan keutamaan beraya di rumah suami atau isteri boleh ditentukan berdasarkan cara atau kemeriahan sambutan.

Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman peribadinya, mengakui bahawa menyambut Aidilfitri di rumah keluarganya sendiri terasa 'hambar' kerana ibu bapanya telah lama berpisah.

Hari raya lebih meriah sekiranya disambut beramai-ramai. -Gambar hiasan

"Keluarga saya memang kecil sahaja. Ibu saya ada beberapa orang adik-beradik, tetapi yang tinggal senegeri hanya Ayahsu (seorang bapa saudara bongsu).

"Datuk pula sudah lama meninggal dunia, jadi kami tidak mempunyai arah tuju selain menziarahi saudara mara jauh. Lagi pula, anak-anak perempuan saya sahaja mewakili belah keluarga saya.

"Tetapi bab duit raya memang luar biasa (dapat jumlah banyak) sebab mereka yang ada pun tak ramai. Jadi, anak-anak saya dapat lebih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak jumpa baju raya murah, kecewa harga lebih RM300 sepasang... Pelik ramai sanggup buat ‘installment’ demi nak melaram

ARTIKEL BERKAITAN: Syawal yang hambar! Wanita ini tak buat persiapan raya selepas ‘tragedi’ sekeluarga dijangkiti Covid-19... ‘badan dah lain’ walau disahkan pulih

Situasi berbeza pula bagi keluarga sebelah suami yang mempunyai ramai adik-beradik serta anak saudara. 

Justeru, wanita ini mengakui dirinya terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana tersebut.

Bukan kerana tidak suka, tetapi dia turut berasa simpati kepada ibu bapanya sendiri kerana bilangan anak yang tidak ramai menyebabkan mereka kini beraya dalam suasana sunyi.

"Jangan salah faham, saya dan suami baik-baik sahaja. Kami bergilir-gilir setiap tahun, jadi tak timbul isu perlu berbincang panjang.

Hambar atau tidak, kena ikut giliran. Belajar terima rasa hambar dan gembira.

NETIZEN

"Begitulah sepatutnya. Suami saya tetap seorang anak lelaki, dan saya pun tetap seorang anak perempuan kepada keluarga masing-masing.

"Saya cuma meluahkan perasaan kerana beraya di rumah keluarga saya mungkin terasa hambar, tetapi di rumah keluarga suami tidak begitu," luahnya.

Perkongsiannya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ramai memberikan pandangan masing-masing.

Rata-ratanya berkongsi pendapat dengan menyatakan bahawa keputusan balik beraya sama ada di kampung sendiri atau pasangan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh suami isteri.

Komen netizen di media sosial.

"Bukan hambar, tapi tenang. Saya suka suasana raya yang meriah, tetapi pada akhirnya saya tetap perlukan masa bersendirian untuk 'cas' semula tenaga. Jauh dari segala keriuhan.

"Tak adil kalau 'kira' macam tu. Saya pula setiap tahun raya pertama di rumah mentua sebab kalau kami tak ada, lagi sunyi. Raya kedua baru balik belah saya sampai habis cuti.

"Hambar atau tidak, kena ikut giliran. Belajar terima rasa hambar dan gembira. Kita tak pilih untuk jadikan raya itu hambar, semuanya sudah ditakdirkan. 

"Paling penting, pasangan kena saling memahami dan jangan pentingkan diri sendiri," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain