PASANGAN berkahwin sepatutnya tidak mempunyai sebarang batasan sama ada secara zahir mahupun batin.
Ini bermaksud, isteri bebas berbicara apa sahaja termasuk menasihati pasangan sekiranya terdapat perihal yang tidak betul berlaku.
Namun situasi berbeza bagi wanita ini apabila dia seolah-olah kelu lidah untuk menegur sikap suaminya yang enggan mencari nafkah.
Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan
"Apa yang menghalang aku untuk berbual dengan suami supaya dia mencari kerja? Mulut ni tertutup rapat apabila dengan dia.
"Hati sakit sebab dah lama dia tak beri nafkah... bertahun juga," luahnya sayu.
Menurut wanita ini, suaminya bukanlah seorang kaki dadah sebaliknya hanya culas mencari nafkah.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, nafsu seks sentiasa membara! Isteri nekad fail cerai, cuma rehat waktu datang bulan
ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun kahwin, curang dengan hampir 30 wanita! Isteri anggap suami ‘cinta mati’, rela bertahan demi anak
Malah adakalanya suami akan membantu mengemas rumah dan melakukan urusan lain.
"Dia tolong juga kemas rumah tapi tanggungjawab cari nafkah anak dan isteri tu semua di bahu aku.
"Sedangkan aku pandai cari kerja sendiri," ujarnya yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Awak kalah dengan kebaikan menolong, bab nafkah dan tanggungjawab jangan buat main-main.
WARGA MAYA
Ujarnya, nafkah hanya diterima sepanjang dua tahun perkahwinan iaitu sebelum syarikat tempat suaminya bekerja muflis.
"Sebelum kahwin dia memang kerja, siap buat side income... ada rakan niaga.
"Tapi selepas kahwin dua tahun, syarikat tu lingkup dan dia terus tak kerja," katanya yang pernah cuba meminta suami mencari pekerjaan.
Antara pandangan warga maya.
Dalam pada itu, wanita ini memaklumkan bahawa suaminya kelihatan komited untuk memulakan bisnes namun tidak mempunyai modal.
"Dia nak buat bisnes dan memang nampak bersungguh kali ini, tapi perlukan modal... siapa nak bagi kan, atau dia tunggu saya bagi modal. Jadi inilah perkara yang saya nak cakapkan dengan dia," jelasnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberi beberapa nasihat dan cadangan bagi membantu wanita ini menyelesaikan masalah yang dialami.
"Mula catu keperluan rumah, jangan bagi duit poket kalau suami merokok. Catu beli barang dapur dan apa-apa barang rumah... buatkan diri tu nampak sengkek.
"Awak kalah dengan kebaikan menolong, bab nafkah dan tanggungjawab jangan buat main-main.
"Cari masa yang sesuai dan berbincang dari hati ke hati. Jangan nampak macam masalah besar, cuba berborak macam zaman bercinta dulu," demikian reaksi warga maya.