SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa selepas anaknya menderma semua duit raya yang diterima ke tabung masjid.
Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia dan suami masing-masing telah memberikan duit raya dengan jumlah yang besar kepada anak mereka.
Dalam masa sama, dia mahu menguji si anak untuk melihat sejauh mana dia mampu menguruskan wang yang banyak.
Bagaimanapun wanita ini kecewa apabila mendapat tahu kesemua duit raya yang diperolehi oleh anaknya sudah didermakan ke tabung masjid.
Seorang ibu kecewa apabila mengetahui anaknya mengulurkan derma kepada masjid. -Gambar hiasan
“Hari ini saya tanya secara santai apa rancangan mereka dengan duit tu. Mereka jawab, dah masukkan dalam tabung masjid.
"Mungkin ini pandangan yang tak popular, tapi inilah 'puncak' perangai Gen Z. Bersedekah guna duit orang lain. Tetapi mereka sendiri masih terima duit belanja mingguan.
"Sepatutnya bantu orang miskin, bukan jadi sebahagian daripada mereka. Tak bertanggungjawab langsung. Dah tiba masa cari kerja. Bangunlah dan sedarlah tentang bil-bil yang perlu dibayar, anak oi,” luah si ibu.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih amal cara lama simpan duit raya anak dalam bank? Ini kaedah terkini, pasti untung berganda
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘payung’ baju baru untuk keluarga, mak bagi ‘hint’ nak duit raya pula… Anak sulung mula berendam air mata
Perkongsian wanita itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
Sebaliknya, netizen menyifatkan tindakan anak remaja itu sebagai sesuatu yang mulia dan wajar dibanggakan oleh ibu bapanya.
"Mereka ada hati yang sangat mulia. Saya akan sangat bangga kalau saya adalah ibu bapa mereka.
Saya rasa macam anak-anak tak menghargai pengorbanan kami yang nak bagi mereka apa yang kami sendiri tak pernah dapat.
PENGADU
"Sis, kalau suatu hari nanti Allah tarik rezeki awak, jangan menyesal merungut macam ni. Silap-silap orang yang anak awak sedekahkan duit tu nanti yang akan bantu awak pula. Jaga kata-kata awak.
"Maaf cakap, tapi bila dah beri, itu duit mereka untuk digunakan ikut kehendak mereka. Bersyukurlah sebab mereka tak guna untuk perkara haram atau berbahaya," kata netizen.
Bagaimanapun, ada juga yang memahami maksud di sebalik luahan wanita tersebut tersebut.
Menyedari hantaran awalnya mungkin disalah tafsir, wanita berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar selepas membaca semua komen yang diterima.
Komen netizen di media sosial.
"Isunya bukan tak boleh bersedekah. Isunya, mereka dermakan 100 peratus sampai tak ada langsung duit belanja dan langsung tak bincang dengan saya sedangkan saya pun tak kerja sepenuh masa.
"Kami masih kena bajet perbelanjaan mereka. Saya rasa macam anak-anak tak menghargai pengorbanan kami yang nak bagi mereka apa yang kami sendiri tak pernah dapat.
"Kita tak nak mereka rasa susah macam mana kita pernah lalui. Dan saya rasa, terlalu mudah untuk mereka serahkan duit hasil titik peluh kami. Memang mengecewakan," katanya.