KETIKA ramai meraikan Aidilfitri dengan mengeratkan ukhuwah serta saling bermaaf-maafan, wanita ini hanya mampu memendam perasaan gara-gara diperlekeh dan dihina saudara mara.
Meluahkan rasa sedih menerusi satu hantaran di media sosial, wanita tersebut berkata pada malam raya dia terdengar perbualan beberapa saudara sewaktu berkunjung ke rumah datuk dan neneknya.
"Nak jadikan cerita, malam raya saya datang ke rumah mak tok dan tok abah naik motor yang saya baru beli. Kemudian terdengar suara-suara sumbang kata macam-macam dekat saya.
Hari Raya sering menjadi medan untuk mengeratkan silaturrahim. -Gambar hiasan
"Antaranya, 'duit kereta pun tak boleh bayar, Coway pun abah (tok abah) tolong bayar, ada hati beli motor pula... tu nanti tak lepas pula nak bayar'.
"Saya ada provide air Coway sebab nak mudahkan mak tok dan tok abah daripada susahkan diri mereka masak air untuk minum atau hidang dekat tetamu.
"Selama ni saya sediakan air tu nak dekat tujuh tahun, saya tak pernah minta duit untuk tolong bayar," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Geram layan tetamu Gen Z, datang beraya ‘demand’ macam-macam... Tuan rumah terus tak jadi hidang pencuci mulut
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mak jadi ‘port’ balik kampung, saudara-mara bertandang macam tetamu kehormat... Langsung tak tolong di dapur!
Wanita tersebut mengakui, beberapa bulan kebelakangan ini dia berdepan masalah dalam pekerjaan sehingga bergelut dengan isu kewangan.
Malah dia terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada beberapa saudara untuk membayar tunggakan kereta.
Fokus untuk diri sendiri. Manusia ni selagi dia boleh mengata, dia kata semuanya.
NETIZEN
"Alih-alih jadi bahan cerita. Sebelum ni saya gaji banyak sikit pun tak tak pernah berkira nak belanja makan, beli barang dapur, bayar WiFi rumah mak tok dan tok abah, beli televisyen baru, beli handphone dekat mak tok, bawa jalan-jalan tanpa guna duit sesiapa.
"Saya tak pernah pun nak mention or ungkit. Tapi raya kali ni hits different. Sepupu yang baru kerja bagi duit raya dekat semua orang, masa tu orang nampak she was the star of the day.
"Jealous? Ya saya jealous sebab rasa macam tak dapat nak provide apa-apa. Banyaklah saya makan hati dengan semua orang. Perli-perli, tahulah saya dah miskin, tak berkemampuan macam dulu," tulisnya lagi.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Perkongsian berkenaan mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya bukan sekadar memberi kata semangat, malah menyarankan supaya dia lebih mementingkan diri dan berpada-pada menghulurkan bantuan.
"Fokus untuk diri sendiri. Manusia ni selagi dia boleh mengata, dia kata semuanya. Awak buat je apa yang sepatutnya.
"Lepas ni semua belanja tulis. Inform dekat group family setiap bulan. Tulis semua expenses.
"Mak tok dan tok abah ada anak kan? Dipersilakan anak mereka yang bertanggungjawab menjaga kemaslahatan mak pak mereka. Awak bina kehidupan sendiri di tempat sendiri," antara komen netizen.