suria

Berang parcel asyik kena curi, penghuni kondo ugut hantar santau Siam - “Periksa alat kelamin, kamu akan terima karma!”

Seorang penghuni kondominium mengugut untuk menghantar santau jika pencuri tidak memulangkan barang miliknya.

INSIDEN kehilangan barang yang dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier merupakan isu biasa yang sering berlaku terutama sekali di kawasan kediaman bertingkat seperti kondominium.

Kebiasaannya, pihak pengurusan menetapkan peraturan agar barang mahupun makanan perlu dihantar di peti surat (mailbox) unit masing-masing, di lobi, pos pengawal atau di kaunter khas.

Namun, apabila kes barang hilang berlaku berulang kali dan tiada sebarang tindakan diambil, ia boleh mendorong seseorang untuk mengambil langkah yang lebih agresif.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi foto nota mengejutkan yang diterima daripada grup komuniti kondominium tempat tinggalnya, di mana seorang penghuni mengugut untuk menghantar santau kepada individu yang mencuri barang miliknya di peti surat. 

Seorang netizen menterjemahkan tulisan berbahasa Siam pada kain putih yang dilekatkan pada peti surat penghuni berkenaan.

"Bangun pagi nampak mesej ini dekat group kondominium dalam Telegram. Dashyat wei sampai pakai santau Siam. Tiga bintik merah tu darah betul atau dakwat? Dan apa maksud tulisan pada kain tu?

"Ada sesiapa tahu? Boleh beritahu saya maksudnya?

"Tak kesianlah dekat pencuri tu sebab setiap hari curi makanan dan parcel orang," tulisnya pada hantaran berkenaan. 

Bersama hantaran tersebut, dia memuat naik satu imej memaparkan dua keping nota amaran yang ditulis dalam bahasa Inggeris, beserta sehelai kain putih bersaiz kecil dengan tulisan berwarna merah dipercayai dalam bahasa Thailand. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan line clear, rupanya tak! Pakcik rider tenang pilih parcel mana nak curi, tak sedar aksi dirakam... Ramai minat mahu tahu jenis CCTV

ARTIKEL BERKAITAN: Cuai hantar ‘parcel mahal’, rider kusut mana nak cekau duit bayar ganti rugi! Silap sendiri, cuma boleh ambil pengajaran

"Sesiapa yang mengambil parcel daripada peti surat ini, tolong pulangkan dengan segera. Saya tak kisah jika kamu sudah buka, tolong kembalikannya!

"Kalau kamu tak berbuat demikian, saya hantar kamu 'kawan'. Periksa alat kelamin kamu setiap hari. Kamu akan terima karma!" tulis nota berkenaan dalam Bahasa Inggeris. 

Kain putih bertulisan Thailand serta nota amaran berkenaan dilekatkan pada peti surat milik penghuni berkenaan. 

Padan muka pencuri. Sebagai seorang yang pernah hilang parcel bernilai RM900, memang padan muka kau kalau santau tu menjadi.

NETIZEN

Apa yang menyeramkan, terdapat tiga titik merah seolah-olah darah pada kain itu.

Tambah pelayar tersebut, lebih mengecewakan, pihak pengurusan kondominium hanya 'berpeluk tubuh' dan tidak mengambil sebarang tindakan biarpun penghuni membuat aduan sebelum ini. 

Malah menurutnya, kawasan peti surat di kondominium tempat tinggalnya tidak dilengkapi kamera litar tertutup sekali gus menyebabkan insiden kecurian semakin menjadi-jadi. 

Menjengah ruangan komen, ada segelintir warga maya yang cuba membantu menterjemahkan tulisan berbahasa Thailand tersebut menggunakan Google Translate dan ChatGPT.

Sebahagian daripada komen netizen.

Salah satu terjemahan yang dikongsikan di ruangan komen oleh seorang netizen menunjukkan tulisan tersebut bermaksud 'Saya akan mati pada hari lahir saya'.

Sementara itu, rata-rata netizen menyokong tindakan penghuni tersebut yang menggertak pencuri untuk 'mengajarnya' serta menjadi iktibar kepada orang lain.

"Kalau betul santau tu dari Siam, pencuri tu takkan selamat. Memang mendapat la si pencuri tu.

"Padan muka pencuri. Sebagai seorang yang pernah hilang parcel bernilai RM900, memang padan muka kau kalau santau tu menjadi.

"Mesti pencuri tu tengah shaking," antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain