suria

Suami sibuk 'bela' skandal, 12 tahun kahwin isteri tak pernah dapat duit raya! Terlambat, lepas cerai baru nak hulur

Seorang isteri kecewa apabila suami berlaku curang. -Gambar hiasan

SETIAP kali menjelang Aidilfitri, kebanyakan isteri pasti teruja menerima duit raya atau sekurang-kurangnya diraikan oleh pasangan dengan pemberian tertentu.

Namun, tidak bagi wanita ini yang berkongsi pengalaman pahitnya selama 12 tahun perkahwinan apabila dia tidak pernah menerima sebarang nafkah mahupun duit raya daripada bekas suami.

Menerusi luahan yang dimuat naik di media sosial, dia mendedahkan sepanjang tempoh perkahwinan tidak pernah menerima duit mahupun baju raya daripada suami. 

Seorang wanita terkenang memori pahit hari raya ketika bergelar isteri. -Gambar hiasan

Malah, nafkah juga tidak diberikan kerana suami tahu pendapatan bulanan isterinya lebih tinggi.

"Aku tak pernah cakap apa-apa, anggap rezeki dia mungkin datang daripada aku. Lepas tu rezeki dia pun sudah banyak. Masih dia tak bagi (nafkah), buat bodoh.

"Aku minta dia bagi RM100 untuk beli baju raya. Rupanya dah ada duit, dia pergi ada (jalinkan hubungan) skandal. Belikan baju raya dekat skandal," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri harap sangat suami bagi duit raya, rancang mogok kalau tak dapat... Beza dengan wang belanja bulanan

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah tunggu dalam kereta, singgah setiap rumah biar anak ‘kerja’ kutip duit raya - “Dah macam sindiket”

Lebih menyedihkan, wanita ini berkata hanya selepas mereka bercerai lelaki itu mula memberikan duit raya kepadanya.

Bagaimanapun dia menjelaskan, luahan yang dibuat bukan bertujuan untuk mencari jodoh baharu, sebaliknya sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Aku faham jadi seorang isteri ni ladang pahala la apa la. Tapi perlu diingatkan, aku dah jadi isteri taat selama 12 tahun. 

Belanja perempuan lain boleh pula. Menabung dekat orang yang bukan tanggungjawab kau.

NETIZEN

"Dalam otak... semoga pahala ni (asbab) boleh masuk syurga. Tapi itu bukan alasan untuk jadi bodoh selamanya! Insya-Allah kita ikut landasan agama.

"Macam-macam pahala boleh dapat bukan asal nama wanita... jadi isteri baru masuk syurga. Saya dah muak dengan manusia cakap, Insya-Allah pahala berganda dengan bersabar," katanya.

Walaupun tidak menafikan kebenaran itu namun baginya, seseorang isteri tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus dizalimi dalam sebuah perhubungan.

Hantaran dibuat wanita ini meraih pelbagai pendapat warga maya selepas dikongsikan di media sosial.

Namun, rata-ratanya bersimpati dengan nasib menimpa dirinya apatah lagi ia diceritakan ketika umat Islam menyambut raya.

"Dengan isteri sendiri kedekut. Duit nafkah pun tak bagi. Tup tup belanja perempuan lain boleh pula. Menabung dekat orang yang bukan tanggungjawab kau.

"Si isteri bersusah payah kerja untuk diri dan anak-anak. Menjawab di akhirat kelak. Macam ni la lelaki kalau tak tahu (bab) agama," komen salah seorang netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain