suria

Tak fikir susu anak, suami ‘selfish’ guna duit bantuan tukar bateri kereta buruk - “Dia beritahu lepas saya tanya”

Duit bantuan yang diterima sepatutnya digunakan untuk perkara penting. -Gambar hiasan

MENERIMA bantuan tunai daripada kerajaan sepatutnya menjadi kelegaan buat pasangan suami isteri dalam menguruskan kos harian, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. 

Tapi lain pula yang berlaku kepada wanita ini apabila suaminya menggunakan duit bantuan itu untuk kepentingan sendiri, malah tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Membuat luahan di media sosial, dia berasa kecil hati apabila suaminya langsung tidak berkongsi duit bantuan yang masuk ke dalam akaunnya.

Suami perlu memastikan kebajikan isteri dan anak tidak diabaikan. -Gambar hiasan

"Duit bantuan sara hidup sudah masuk ke dalam akaun bank suami tapi dia gunakan untuk tujuan peribadi dia dan tidak berkongsi dengan isteri.

"Kecil hati saya tahu... suami uruskan duit bantuan jadi dapat la dalam RM150. Kebetulan bateri kereta dia ada masalah. Jadi dia pakai duit bantuan tu untuk tukar bateri baharu tanpa maklumkan pada saya dulu.

"Kereta tu dia tak bawa (pandu) pun. Tersadai dekat rumah mak mentua. Saya cakap la duit tu boleh buat bayar dulu kereta satu lagi sebab sangkut (tak bayar pinjaman) dua bulan sudah," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelik tengok pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing - “Sedarlah kau tu miskin”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat duit sumbangan 100K lepas kisah tular… Bapa bayi sakit kronik tetap kerja macam biasa, naik motosikal walau diberi kereta

Apa yang membuatkan wanita ini lebih terkilan, kereta yang sudah ditukar bateri itu tetap tidak digunakan, masih dibiarkan tersadai begitu saja di rumah mentua.

"Boleh juga gunakan untuk beli susu anak. Kenapa la suami saya ni pentingkan diri, Ya Allah. Sepatutnya kongsi duit tu sama rata. Ni dia daftar bantuan jadi dapat dalam akaun dia," katanya.

Kalau macam tu minta dia bayar la duit kereta yang tertunggak dan belikan susu anak.

NETIZEN

Tambah wanita ini, dia sendiri tidak tahu mengenai status bantuan itu kerana tiada maklumat akaun ditunjukkan apabila membuat semakan di portal rasmi. 

"Dia jawab (beritahu) pun selepas saya tanya. Kalau tak, saya pun tak tahu duit tu sudah masuk ke belum sebab saya cuba semak dalam sistem, tak ada rekod," katanya.

Situasi itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berpihak kepada wanita berkenaan. 

Komen netizen di media sosial.

Malah ramai yang menyifatkan suaminya bersikap pentingkan diri.

"Suruh dia beli susu anak. apa punya suami la. Jual je la kereta tersadai tu.

"Masa kami layak dapat BSH waktu awal-awal diperkenalkan, suami bagi saya separuh duit tu. Dapat RM300 tak silap jadi dapat la RM150. Sekali tu je la dapat.

"Kalau macam tu minta dia bayar la duit kereta yang tertunggak dan belikan susu anak. Dia guna duit BSH untuk itu jadi keperluan lain dia kena usaha la bagi duit lain. Kan semua tu tanggungjawab dia," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain