suria

Peniaga ajak kanak-kanak singgah ‘beraya’ di gerai... Niat baik dipersoal sebab ada budak ‘scan’ kod QR

Hariz menjamu makanan yang sepatutnya dijual itu secara percuma.

KETIKA ramai mengeluh sukar untuk mencari rezeki, ada yang memilih untuk terus memberi walaupun dirinya sendiri sedang diuji.

Begitulah kisah seorang lelaki yang membuat 'rumah terbuka' di gerai kecilnya di Jeram, Selangor untuk beberapa kanak-kanak yang lalu di situ dengan menaiki basikal.

Menurut Hariz Kasin, dengan niat mahu berkongsi rezeki dia menyediakan air Sarsi serta menggoreng kentang dan sosej untuk dijamu secara percuma kepada mereka. 

"Sebab tak ada customer. Nampak budak-budak ni, aku panggil datang 'beraya' dekat kedai. Panggil mereka datang buat hilang bosan. 

Peniaga ini menyediakan air dan makanan secara percuma kepada beberapa kanak-kanak.

"Hidangkan air macam beraya. Siapkan makanan walaupun tak ada kuih raya. Boleh la buat hilangkan bosan dekat kedai sendiri. Terima kasih datang 'beraya'," tulisnya

Menerusi videonya yang tular dan mendapat pujian ramai itu, dia berkata, tindakannnya meraikan kanak-kanak itu adalah spontan dengan niat mahu menceriakan suasana sunyi di gerainya yang sejak pagi 'sepi' pelannggan.

Di sebalik pujian diterima, timbul pula persoalan kerana di penghujung video kelihatan salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak itu seperti sedang mengimbas kod QR bagi membuat bayaran. 

Ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah penonton yang mula mempersoalkan niat sebenarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk kena kecam di media sosial, keluarga ‘Abang Bas’ mahu saman netizen dan selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Buat baik pun kena kecam! Pengasas rumah anak yatim bersuara, rupa-rupanya ada sebab Ustaz Ebit sering kongsi foto di media sosial

"Terima kasih orang baik. Tapi hujung video budak tu QR ke?" komen salah seorang netizen.

Tidak berdiam diri, Hariz tampil memberikan penjelasan bahawa kanak-kanak itu bukan membuat bayaran tetapi sedang mengimbas kod untuk sambungan WiFi percuma yang tersedia di gerainya.

"Bagi menjawab persoalan budak tu QR payment ke tidak ni jawapannya. Budak tu nak main permainan video ML (Mobile Legends Bang Bang) katanya.

Saya panggil mereka datang makan free je.

NETIZEN

"Jadi saya suruh la scan (imbas) WiFi percuma dekat Warung Syukor Burger. Percuma je, speed (kelajuan internet) pun boleh la buat main game. Saya panggil mereka datang makan free je," jelasnya.

Tambah peniaga itu lagi, semua makanan dan minuman yang dihidangkan tidak dikenakan sebarang caj walaupun dia difahamkan salah seorang daripada mereka baru membeli basikal baharu menggunakan duit raya.

Tidak menyangka videonya mendapat perhatian ramai, lelaki ini sempat berkongsi luahan hati mengenai perjuangannya bergelar peniaga kecil-kecilan.

Hariz menjelaskan kemusykilan netizen terhadap kod QR yang diimbas oleh kanak-kanak yang datang 'beryaa' di kedainya.

"Saya buat video ni pun sebab bosan tak buat apa. Dari pagi sampai petang duduk melangut je depan kedai termenung.

"Kalau dulu teruja sangat kalau posting, penulisan atau video viral macam ni lepas tu dalam hati cakap lepas ni mesti ramai datang kedai tapi hakikatnya tak mengubah apa-apa pun.

"Kali ni saya tak ada pun teruja mana sebab sebenarnya saya dah putus asa dan penat. Sudah letih berusaha walaupun mungkin orang kata usaha saya tak cukup. Apa-apa pun enjoy je la video open kedai raya tu ye," ulasnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain