suria

Pelanggan tinggalkan ‘tailor’ kesayangan, pandai jahit mulut ‘puaka’ pun tak guna! Berat tuduhan khalwat adik beradik

Seorang pelanggan menceritakan mengenai tukang jahit bermulut celupar. -Gambar hiasan

SETIAP daripada kita pasti mahukan layanan baik dalam melakukan urusan pembelian, lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi pelanggan tetap. 

Namun, lain pula kisah wanita ini yang berkongsi pengalaman pahitnya berurusan dengan seorang tukang jahit yang sebelum ini menjadi kegemarannya.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan menceritakan bagaimana hubungan baiknya dengan tukang jahit itu berubah menjadi dingin gara-gara bermulut celupar.

Seorang pelanggan kecewa dengan sikap tukang jahit. -Gambar hiasan

“Dulu saya ada seorang tukang jahit kegemaran. Dia isteri kepada seorang inspektor yang bertugas di sebuah balai polis, tinggal di kuarters dalam balai tu. Jahitan dia memang cantik, manik pun dia buat lawa.

“Setiap kali pergi rumah dia nak hantar sepasang, mesti berakhir dengan beli berpasang-pasang sebab dia pun jual kain. Tapi selepas beberapa kali tempah, dia mula menunjukkan sikap sebenar. 

"Satu hari dia celupar mulut, saya terus ambil keputusan untuk undur diri dan block (sekat) dia. Saya betul-betul marah waktu tu. Dia tukang jahit je, bukan ahli keluarga saya pun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila abah kau nak mati?” - Wanita terkejut mak mentua bermulut celupar, ‘meratib’ harap suami cepat meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Doa tak baik untuk rakan mulut celupar, wanita bimbang jadi asbab sampai sekarang diri tak hamil-hamil

Kisah tersebut mendapat perhatian netizen yang turut bersetuju bahawa sikap sebenar atau tabiat buruk tidak sepatutnya ditunjukkan oleh seseorang yang berniaga dan berurusan dengan pelanggan.

"Biasa orang bisnes ni kalau mulut celupar, lama-lama pelanggan lari.

"Yang bukan-bukan je. Rugi je pelanggan tetap dia sudah lari," komen beberapa netizen.

Jiran-jiran kiri kanan atas bawah semua kenal keluarga saya macam mana.

PENGADU

Namun, ramai juga yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang menyebabkan wanita itu berkecil hati sehingga nekad memutuskan hubungan dengan tukang jahit tersebut.

Menjawab persoalan yang timbul, pengadu itu memberi respons dengan menjelaskan situasi sebenar yang menjadi punca dia mahu angkat kaki.

Komen netizen mengenai perkara dikongsikan pengadu.

“Waktu tu saya tinggal di rumah keluarga. Mak baru saja meninggal, ayah pula kerja di luar daerah. Jadi saya tinggal dengan adik-beradik. Kami empat orang dan saya seorang saja perempuan.

“Rumah ada bilik cukup dan bilik saya pula lengkap dengan bilik air. Tapi dia boleh cakap eh ni kalau report kena ni… adik-beradik tak khalwat ke? Serius, saya terkejut dan kecewa sangat. 

"Dia fikir kita ni perangai rempit macam dia agaknya. Jiran-jiran kiri kanan atas bawah semua kenal keluarga saya macam mana. Waktu tu tahun 2008, kami semua pun belum kahwin lagi,” jelasnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain