SEPANJANG bulan Syawal, banyak majlis rumah terbuka dianjurkan di pelbagai peringkat.
Di sekolah-sekolah pula, jamuan raya turut diadakan bagi memeriahkan lagi bulan mulia itu.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita turut berkongsi kisah mengenai jamuan raya di tadika anaknya.
Keadaan di tadika anaknya yang dinaiki air banjir.
Menurut wanita dikenali sebagai Hidayah itu, majlis jamuan berkenaan tidak dapat diteruskan kerana tadika anaknya ditutup akibat banjir.
"Menu potluck jamuan anak tadika hari ini. Anak dah teruja nak raya. Kita bangun awal pagi untuk memasak tau.
"Tapi, hujan dari tengah malam sampai sekolah (tadika) dah masuk air. banyak tempat juga banjir. Jadi acara dibatalkan.
Kami makanlah dari pagi sampai malam... tak payah masak, separuh dah bagi jiran.
HIDAYAH
"Sekolah tutup, begitulah. Raya tak jadi," tulisnya menerusi kapsyen video.
Menurut Hidayah, dua jenis hidangan iaitu ayam dan macaroni goreng yang disediakannya itu dihabiskan dia sekeluarga serta turut disedekahkan kepada jiran.
"Kami makanlah dari pagi sampai malam. Tak payah masak, separuh dah bagi jiran," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu suruh murid bawa lemang dan sate, siap bagi ‘contact’ penjual... Ibu pelik anjur jamuan raya sekolah ikut ‘tekak’ siapa?
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ejek bihun goreng ibu rasa sabun, anak pulun habiskan sambil menangis tepi tandas sekolah
Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan di mana lokasi tadika anaknya.
Dalam hantaran itu, Hidayah memuat naik video makanan seperti macaroni bolognese dan ayam goreng yang sudah siap dimasak .
Video itu menerima lebih 15,000 tontonan dan beberapa netizen turut meninggalkan komen.
Sekolah kerap menganjurkan jamuan setiap kali tibanya musim perayaan. -Gambar hiasan
Selain bertanyakan tentang banjir, ada juga yang turut meminta wanita itu untuk berkongsi resipi.
"Terima kasih puan effort sediakan makanan tu. Saya 10 tahun jadi cikgu tadika. Alhamdulillah setiap bulan ibu bapa kongsi rezeki dengan anak-anak dan cikgu.
"Sedapnya macaroni, boleh share resipi?," tulis beberapa netizen.