suria

Marahkan isteri hilangkan jaring pelindung matahari, suami bebel sambil ‘tekan-tekan’ minyak kereta - “Dia lupa banyak kali curang!”

Sesetengah pergaduhan antara pasangan boleh membawa kepada penceraian. -Gambar hiasan

PERTELINGKAHAN yang berlaku antara pasangan suami isteri sudah menjadi asam garam dalam sesebuah rumah tangga.

Namun seorang wanita terkejut apabila dia dimarahi suaminya atas alasan remeh iaitu secara tidak sengaja menghilangkan jaring pelindung matahari kereta.

"Suami saya marah, membebel cakap saya tak jaga barang. Jaring tingkap ni hilang.

Pergaduhan antara pasangan sering berlaku selepas mereka berumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya pun tak perasan jaring tu tak ada. Bukan main lagi dia marahkan saya. Tekan-tekan minyak kereta (ketika memandu). Saya terkedu," katanya menerusi luahan di media sosial.

Dalam hantaran sama wanita itu turut berkongsi foto menunjukkan jaring kereta yang dimaksudkannya.

Tambah pengadu, hatinya begitu sedih dengan sikap si suami yang suka memperbesarkan hal kecil lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sendiri sudah beberapa kali berlaku curang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lali 'hobi' suami curang, ramai skandal... Tunjuk foto dengan anak, nampaklah macam duda - “Ingatkan seorang je, rupanya tiga”

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari - “Saya tunaikan sampai melecet!”

"Dia cakap saya tak reti jaga barang dia. Tapi dia sedar tak yang dia tak jaga mental saya? Dia curang dalam perkahwinan berkali-kali?

"Saya masih bagi peluang. Sekarang dia nak marah saya sebab jaring yang boleh order je dekat online," luahnya lagi.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan menasihatinya agar tidak terus bertahan dalam perhubungan toksik.

Pentingkan kesihatan mental awak, jangan mudah sangat dimanipulasi.

NETIZEN

"Sis, kalau lelaki jenis kaki curang tolong la jangan bertahan. Apabila sudah curang, selalu akan curang lagi. Jangan mimpi dia nak berubah. Pentingkan kesihatan mental awak. Jangan mudah sangat dimanipulasi.

"Hati-hati, zaman sekarang ramai emosi tak stabil. Gaduh suami isteri sebab silap sikit je terus ada jiwa yang melayang. Kalau marah, cepat-cepat berwuduk atau zikir. Kurang sikit rasa marah tu," komen beberapa netizen.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar wanita tersebut berterus terang kepada suaminya dan tidak hanya meluahkan perasaan di media sosial.

Komen beberapa netizen di media sosial.

"Kau cakap la depan muka dia apa yang kau tulis dekat media sosial ni," ujar seorang pengguna lain.

Menjawab kepada reaksi warga maya, wanita itu menjelaskan dia bertindak berdiam diri atau silent treatment selepas dimarahi suami hingga lelaki berkenaan sedar akan kesilapannya.

"Saya dah cakap nak order dekat online. Memang silent treatment la saya bagi. Terus dia senyap.

"Lepas tu suami terhegeh-hegeh bawa jalan dekat Kuala Lumpur. Berhenti makan dekat kedai kegemaran saya.

"Saya memang tak layan la. Memang saya tidur je dalam kereta sampai balik rumah," jelasnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain