suria

Tujuh tahun tahan sabar, wanita dedah suami tak mahu tidur sebilik lepas dapat anak sulung - “Hati saya jadi kosong, sedih”

Hubungan suami isteri boleh menjadi dingin jika tiada bertolak ansur. -Gambar hiasan

ADAT berumah tangga bukan setiap masa indah, ada masanya pahit disulami manis.

Namun, jika sepanjang perkahwinan hanya merasa sengsara pastinya kebahagian yang diimpi itu akan musnah.

Begitu nasib dialami seorang suri rumah yang mengakui memendam perasaan sedih terhadap suami selepas melahirkan anak pertama.

Setiap isteri ingin dibelai dengan kasih sayang suami. -Gambar hiasan

 Setiap isteri ingin dibelai dengan kasih sayang suami. -Gambar hiasan

"Hampir tujuh tahun selepas lahir anak sulung suami tidak tidur bersama sebilik dengan saya atas alasan yang tak masuk akal.

"Walaupun sudah disuarakan untuk tidur bersama suami acuh tak acuh sahaja. Dia lebih selesa tidur di ruang tamu atau bilik lain.

"Boleh kira hanya beberapa kali sahaja tidur bersama," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur asing dengan isteri, Ustaz Kazim berhabis ratusan ribu rawat sakit misteri

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu cuba nak ‘bersama’ suami tapi sikap pengotor potong ‘mood’! Hilang selera bau air liur basi, tidur berdengkur kuat

Jelas wanita itu, walaupun suaminya bersikap demikian dia percaya lelaki berkenaan masih setia dan bertanggungjawab. 

"Segala perbelanjaan dia tanggung. Nafkah zahir batin ditunaikan.

"Cuma saya bagai dilatih bersendirian, tidur tanpa dia. Saya tiada niat berpisah cuma perasaan jadi kosong, sedih dan tawar hati," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Mengakhiri luahannya, si isteri mengakui lelaki itu tidak boleh dibawa berbincang dan dia akan dipersalahkan kerana tidak bersyukur.

Di ruangan komen, seorang wanita membalas perkongsian suri rumah itu dengan mendakwa lelaki tidak tidur sekatil dengan isteri adalah perkara biasa.

Berkongsi pengalaman rakannya, wanita itu mendakwa temannya sudah berpuluh tahun tidak tidur bersama suaminya.

Selalu lelaki macam ni sebab dia gay... cuba-cuba intip dia keluar pergi mana.

NETIZEN

"Memang ada lelaki begitu. Ada yang tak suka diganggu tidurnya sebab anaknya merengek malam.

"Kenalan saya, suaminya tidur di bilik tamu sudah berpuluh tahun. Sebabnya tak suka diganggu kerana isteri bangun awal untuk solat tahajjud," katanya.

Tambahnya, mereka hanya akan tidur bersama jika lelaki itu ingin 'bersama' dengan isteri.

"Dia reda nafkah zahir dan batin diberi. Lagi pun dia kata dapat tidur nyenyak sebab tak dengar dengkuran kuat suami," katanya.

Tidak kurang juga netizen yang mendakwa suami wanita itu songsang dengan meminati lelaki.

"Selalu lelaki macam ni sebab dia gay. Cuba-cuba intip dia keluar pergi mana.

"Banyak dah zaman sekarang macam tu. Tak normal tu, lepas beranak tujuh tahun jarang tidur sekali," kata seorang lelaki.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain