suria

Diperlaku seperti ‘mesin duit’, lelaki menyesal kahwin janda... Anak tiri suka melawan, isteri pula asyik menangkan zuriat sendiri

Bapa tiri yang baik akan memikul tanggungjawab menguruskan anak isterinya. -Gambar hiasan

MENJALANI kehidupan sebagai suami bukan hanya soal memberi nafkah semata-mata, tetapi turut menuntut rasa ingin dihormati dan disayangi sebagai ketua keluarga.

Namun seorang lelaki meluahkan rasa terkilan apabila tahun pertama perkahwinannya bersama ibu tunggal tidak semanis yang diharapkan.

Meskipun hubungan dengan isteri tidak bermasalah besar, cabaran sebenar datang daripada anak-anak tirinya yang masih bersekolah rendah.

Memikul tugasan sebagai ketua keluarga adalah tanggungjawab yang besar. -Gambar hiasan

"Saya ni sudah setahun kahwin dengan janda anak dua. Anak tiri semua masih bersekolah. Anak-anak tiri jenis tak dengar cakap dan kuat melawan.

"Duit belanja apa semua saya yang tanggung. Tak boleh ditegur langsung. Terus mengadu dengan mak dia. Mak dia pula akan menangkan anak dia," ujarnya di media sosial.

Pengadu mengatakan dia menjadi lebih sedih apabila mendakwa isterinya tidak memainkan peranan sebagai orang tengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menangis di pagi raya lepas anak tiri pecah rahsia... Selama ini suami anggap dirinya beban

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri macam raja, pinggan makan pun malas basuh! Wanita nak lari rumah, hati mula rasa tak ikhlas

Malah, situasi bertambah meruncing apabila anak bongsu kepada isterinya didakwa mula menunjukkan tingkah laku tidak baik.

"Mak dia akan menangkan anak. Sekarang anak dia yang bongsu dah mula panjang tangan, suka curi duit dan kantoi banyak kali.

Nak apa-apa suruh mereka minta dekat bapa sendiri atau keluarga bapa dia.

WARGA MAYA

"Apabila beritahu mak dia, saya kena marah balik. Rasa macam saya ni hanya keluarkan duit untuk tampung nafkah semata-mata.

"Sebagai ketua keluarga saya tak dihormati. Anak bongsu tu memang keras kepala. Tak padan dengan kecil, dah pandai nak caci maki saya," jelasnya lagi.

Ujar lelaki tersebut, dia kini berasa semakin tertekan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga yang dirasakan seperti tiada jalan penyelesaian.

Komen netizen di media sosial.

Bukan itu sahaja, dia juga mula terfikir untuk berpisah kerana merasakan seperti tidak lagi dihargai sebagai seorang suami.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dan cadangan daripada warga maya yang bersimpati dengan nasibnya.

"Lepas ni cakap dekat anak tu tak nak belikan apa-apa dah. Nak apa-apa minta dekat bapa dia atau keluarga bapa dia.

"Keluar je la (dari rumah). Duduk tempat lain buat masa sebulan. Jangan bagi apa-apa. Tengok bezanya," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain