SATU pengajaran besar buat lelaki ini apabila dia berdepan pengalaman pahit dianiaya seorang rakan yang pernah dibantunya.
Menurut perkongsiannya seorang pekerja servis penghantar makanan dikenali sebagai Alep, dia sanggup membantu rakannya yang ketika itu dalam kesempitan wang.
Namun kebaikan tersebut memakan diri apabila akhirnya terpaksa menanggung rugi hampir RM2,000 selepas emas yang digadai gagal ditebus semula.
Alep berasa kesal dengan usahanya yang membantu rakan ketika sesak.
“Haritu kawan saya hubungi dan beritahu dia tengah tiada duit. Dia nak pinjam duit sikit. Saya tanya dia nak berapa, dia jawab dalam RM1,000 lebih.
“Saya pun tengah 'kering' masa tu. Tapi saya terfikir saya ada simpanan barang kemas, hasil disimpan masa saya tak ada apa-apa dulu.
"Masa tu motosikal atau kereta pun saya tak ada, tapi saya beli emas. Sekurang-kurangnya masa sesak, boleh pakai,” katanya dalam hantaran di TikTok.
Menurut Alep, dia kemudian memberikan barang kemas itu untuk digadaikan oleh rakannya dengan syarat ia ditebus semula apabila sudah berkemampuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan minta pinjam 10K mahu daftar anak ke tadika mahal... Wanita ragu-ragu nak bagi, gaji bersih 2K tak kan tiada ‘savings’?
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang - “Saya pula kena mengemis”
Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu tanpa khabar berita, Alep mula mengesyaki sesuatu apabila panggilannya tidak dijawab.
“Saya cakap... boleh, kau pergi la pajak atau gadai. Nanti dapat duit, kau tebus balik, jangan tak tebus. Dia pun setuju.
“Kemudian saya telefon dia sebab rasa lama sangat dah dia pinjam... tapi tak jawab panggilan. Jadi saya minta tolong isteri semak di kedao pajak.
"Rupanya bila semak, barang kemas saya sudah kena lelong,” ceritanyanya penuh kecewa dengan tindakan rakan yang tidak didedahkan identiti itu.
Saya bukan geram sebab duit, duit boleh dicari... tapi kerana nilai sentimental dekat emas tu.
ALEP
Katanya, bukan jumlah wang yang merisaukan sebaliknya nilai sentimental pada emas itu cukup bermakna buatnya.
“Saya bukan geram sebab duit, duit boleh dicari. Tapi sebab sentimental dekat emas tu. Emas tu saya beli masa saya tengah sengkek dulu.
"Masa tu orang hina saya sebab motor Yamaha LC saya rosak dan tersadai. Saya cakap masa tu tak apa... saya beli emas dulu. Sekurang-kurangnya masa 'sesak' boleh pakai,” katanya lagi.
Kisah diluahkan Alep menjadi tular di TikTok dan meraih lebih 600,000 tontonan.
Barang kemas biasanya menjadi pilihan sebagai simpanan. -Gambar hiasan
Rata-rata netizen menzahirkan simpati dan mencadangkan agar Alep membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang terhadap rakannya itu.
Namun, Alep menjelaskan dia berdepan kesukaran untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan kerana tiada sebarang bukti bertulis mengenai pinjaman tersebut.
“Segala urusan masa dia nak pinjam tu dibuat melalui panggilan telefon saja. Jadi susah saya nak dakwa dia,” katanya mengakhiri luahan.