suria

[V] Anggota FRU terkorban sempat kongsi video di WhatsApp, tunjuk suasana dalam trak bersama rakan-rakan

SALAH seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 sempat memuat naik video di aplikasi WhatsApp sebelum terbunuh dalam nahas di Teluk Intan, Perak pada Selasa.

Menerusi video itu, Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar berkongsi suasana di dalam trak FRU yang dinaiki bersama rakan-rakan sekerjanya.

Hantaran kedua yang dimuat naik pula menunjukkan suasana di Menara Condong yang dipenuhi pengunjung sempena perarakan Hari Wesak pada Isnin.

Allahyarham Akmal Wafi turut berkongsi foto suasana di Menara Condong menerusi WhatsApp.

Allahyarham Akmal Wafi turut berkongsi foto suasana di Menara Condong menerusi WhatsApp.

"Gerak ke Teluk Intan," tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Difahamkan video itu dirakam ketika mereka dalam perjalanan ke Teluk Intan.

Bagaimanapun, kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan.

11 Mei hari ibu gajah kehilangan anaknya... 13 Mei anggota FRU pula kehilangan nyawa.

NETIZEN

Dipercayai, wajah-wajah anggota yang dirakam dalam video itu juga merupakan antara yang terbunuh bersama Allahyarham Akmal Wafi.

Tangkap layar video status WhatsApp yang dimuat naik Allahyarham turut dikongsi semula sehingga ia tular di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen turut menyuarakan rasa sedih dan menitipkan doa buat semua anggota yang terkorban.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berulang... Kemalangan maut libatkan anggota FRU pernah berlaku lebih 3 dekad lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian meningkat, 10 terkorban nahas FRU dengan lori pasir

"11 Mei hari ibu gajah kehilangan anaknya. 13 Mei anggota FRU pula kehilangan nyawa.

"Anak dan isteri menunggu. Tapi Allah lebih menyayangi. Allah... rabak hati.

"Allahuakhbar. Semoga keluarga mangsa tabah," tulis beberapa netizen.

10 anggota FRU terkorban dalam nahas pada pagi Selasa.

10 anggota FRU terkorban dalam nahas pada pagi Selasa.

Terdahulu, mStar melaporkan berlaku kemalangan membabitkan kenderaan membawa anggota FRU dan sebuah lori yang membawa muatan batu di Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan kira-kira 8.30 pagi, Selasa.

Ia menyebabkan 10 anggota FRU Unit 5 Ipoh meninggal dunia.

Sementara itu, pemandu lori treler muatan batu yang menjadi punca kemalangan  pula ditahan untuk siasatan lanjut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain