suria

PUNB Anjur Forum Auto Untuk Usahawan Bumi

CEO Proton adalah di antara tokoh utama yang akan membentangkan kertas kerja dalam Forum Auto 2014 di Putrajaya pada 15 Mei ini.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan menganjurkan Forum Auto 2014 bertemakan "Ruang untuk Idea Baru" yang bertujuan untuk mengetengahkan isu-isu dan perkembangan terkini dalam bidang automotif.

Forum itu dijadualkan berlangsung pada 15 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, kata PUNB dalam satu kenyataan, Rabu.

Ia akan memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengetahuan dan mempelajari tentang cara meningkatkan daya saing daripada pakar-pakar industri automotif serta membina jaringan perniagaan khasnya untuk menghadapi cabaran globalisasi dalam bidang ini, kata PUNB.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah turut terlibat dalam sesi forum itu yang akan membentangkan tentang "Dasar Automotif Nasional 2014-Peluang Bagi Usahawan Bumiputera".

Sementara itu beberapa penceramah berpengalaman dalam industri ini akan turut berkongsi pandangan pada sesi petang, antaranya termasuklah daripada Moscorp Sdn Bhd dan Auto Pro.

Forum Auto 2014 terbuka kepada semua usahawan Bumiputera dengan yuran penyertaan sebanyak RM150 seorang.

PUNB, Proton, Forum Auto 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain