suria

Petronas Dagangan Sasar 35 Peratus Penguasaan Pasaran Minyak Kenderaan

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus (kanan) and Shaharuddin (tengah) ketika melancarkan produk terkini Petronas Primax 95, Isnin.
KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd mensasarkan untuk mencapai 35 peratus penguasaan pasaran minyak kenderaan pengguna tahun ini berbanding pada masa ini sebanyak 30 peratus untuk muncul sebagai pemimpin pasaran di Malaysia.

"Kami harap dapat memanfaatkan rangkaian stesen minyak terbesar kami sebanyak 1,047 stesen minyak di seluruh negara dan meningkatkan keyakinan pengguna dengan pengenalan Petronas Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula," kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit Shaharuddin M. Sidek kepada pemberita pada pelancaran minyak tersebut, Isnin.

"Petronas akan melancarkan antara 25 dan 30 stesen minyak baharu di seluruh negara tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM2 juta bagi setiap stesen," katanya, sambil menambah bilangan stesen bergantung kepada pertumbuhan industri dan kediaman serta keperluan industri bagi pelbagai lokasi yang sedang dipantau Petronas.

Shaharuddin berkata, Petronas memperuntukkan RM500 juta setahun bagi perbelanjaan modal untuk digunakan terutamanya bagi pembukaan stesen minyak baharu.

"Petronas Primax 95 baharu membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran petrol, menghasilkan semburan petrol yang lebih halus bagi menambahbaikkan pembakaran dan pelepasan tenaga, selain mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga untuk penjimatan petrol yang lebih baik," katanya.


Artikel Lain