suria

McLaren Sasar Tingkat Jualan 30 Peratus

KUALA LUMPUR: McLaren Automotive Asia Pte Ltd menjangkakan jualan globalnya dari rantau Asia mencecah 30 peratus tahun ini.

Ketua Jualan dan Operasi Asia-Pasifik, George Biggs, berkata tahun lalu daripada sejumlah 1,400 kereta dihasilkan, 20 peratus dijual di Asia.

"Sokongan Asia ke atas McLaren menandakan minat mendalam pelanggan ke atas kelauran kami," katanya pada taklimat media selepas memperkenal McLaren 650S di sini, Isnin.

McLaren 650S, kereta super paling pantas McLaren Automotive dengan peralatan paling lengkap, dibangunkan untuk mereka yang mahu menikmati kehidupan penuh debaran dan cabaran. Ia berharga RM2.4 juta sebuah.

Biggs berkata berikutan kejayaan McLaren 12C dan McLaren P1 di sini, syarikat itu berminat menawarkan kereta super yang membawa pemiliknya ke puncak kemewahan.

"Sejak melancarkan McLaren di Malaysia tahun lalu, kami tertarik dengan keinginan ditunjukkan pelanggan ke atas jenama dan kereta keluaran kami," katanya.

McLaren Automotive ialah pengeluar kereta sport mewah, berprestasi tinggi British di McLaren Technology Centre di Woking, Surrey.

McLaren Kuala Lumpur, dimiliki dan dikendalikan oleh Sime Darby Auto Britannia, ialah pengedar tunggal kereta sport itu di Malaysia.


McLaren

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain