Bagaimanapun, pendapatannya susut kepada RM193.51 juta daripada RM195.36 juta.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Rabu, Amway berkata, pendapatan daripada jualan kumpulan itu merosot 9.3 peratus bagi suku dalam kajian berbanding suku sebelumnya.
Ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan produktiviti pengedar yang dicapai dalam suku pertama, ekoran program-program jualan dan pemasaran.
Sementara itu, kenaikan keuntungan sebelum cukai kumpulan pada asasnya disebabkan oleh penyusutan perbelanjaan yang ditanggung.
Tentang prospek bagi tahun kewangan semasa, kata Amway, berdasarkan arah aliran semasa, kumpulan itu menjangkakan pendapatan jualan kekal seperti tahun sebelumnya.
Dividen awal tier tunggal kedua sebanyak 10.0 sen bersih sesaham telah diisytiharkan oleh syarikat itu.