suria

Volvo Malaysia Labur RM75 Juta Kembangkan Rangkaian

KUALA LUMPUR: Volvo Malaysia Sdn Bhd akan melabur RM75 juta untuk mengembangkan rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya Mats Nilsson berkata rancangan sudah diatur untuk menambah pusat edarannya daripada 11 sedia ada.

"Kami mencapai kejayaan di Malaysia. Kami berkembang dan melabur dalam modal insan. Baru-baru ini, kami membuka pusat rakan niaga baharu di Kuantan dan Sibu.

"Kami akan membuka sebuah lagi pusat di Ipoh pada suku pertama tahun depan dan satu lagi rakan niaga utama di Klang," katanya kepada pemberita pada pelancaran trak Volvo FM dan Volvo FMX.

Turut hadir Duta Besar Sweden ke Malaysia Bengt Carlsson.

Nilsson berkata Volvo Malaysia sudah bersedia untuk meningkatkan penguasaan dan hasilnya menerusi pelancaran trak baharu itu serta penambahan rakan niaga pengedaran.

Volvo kini menguasai 46.8 peratus perkongsian pasaran untuk trak jenis besar di Malaysia.

Di Malaysia, trak baharu itu dibina khusus untuk pengangkutan jarak jauh, pengedaran, pembinaan dan industri perlombongan yang semakin berkembang.

Volvo menjual 330 trak pada 2013 dan mengunjurkan pertumbuhan 20 peratus di Malaysia menerusi pelancaran dua trak baharu itu.

Volvo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain