suria

Acara Kemuncak CIMB Fiesta 2014 Dijangka Raih Jualan RM6 Juta

KUALA LUMPUR: Acara kemuncak CIMB Fiesta 2014 yang bermula di pusat beli-belah Mid Valley di sini Jumaat, dijangka meraih jualan bernilai RM6 juta.


Ini merupakan peningkatan hampir 10 peratus berbanding tahun lepas, dengan lebih 100,000 pengunjung.

"Pemegang kad CIMB Bank akan menerima mata bonus lima kali ganda atau rebat tunai dua kali ganda untuk setiap ringgit yang dibelanjakan pada acara kemuncak ini.

"Pengunjung juga ditawarkan 'RM50 Bonanza' iaitu mereka boleh membeli semua barang pada harga RM50," kata Ketua Bahagian Kad, Aset Runcit dan Deposit CIMB Bank Vipin Kumar kepada pemberita pada pelancaran acara selama tiga hari itu.

Pemegang kad CIMB juga berpeluang memenangi tawaran menarik dan eksklusif serta pakej makanan dan pelancongan Asean.

Acara bermula 10 pagi hingga 9.30 malam setiap hari, menawarkan sehingga 70 peratus diskaun meliputi pelbagai produk termasuk gaya hidup, peralatan dapur dan rumah, peranti teknologi maklumat dan lain-lain.

Pemegang kad CIMB boleh membeli produk itu dengan menggunakan sama ada kad kredit, debit atau KWIK CIMB.

Selain itu CIMB juga menawarkan kelulusan dalam masa sejam untuk permohonan kad kreditnya.

Sebelum ini CIMB mengadakan pesta itu buat julung kali tahun ini di Pulau Pinang dan Johor. 

CIMB Fiesta, Vipin Kumar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain