suria

Bekas Ketua Operasi Rapid KL Akan Terajui Kumpulan Prasarana

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Operasi Rel Rapid KL, Azmi Abdul Aziz, akan kembali menerajui Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sebagai Pengurus Besar Kumpulan, berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat (SPAD), akan menggantikan Datuk Seri Shahril Mokhtar, yang dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Dalam satu kenyataan, Isnin, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, optimis dengan perubahan ini dan yakin Azmi dapat meneruskan kecemerlangan Shahril bagi membantu Prasarana terus melakar kejayaan.

Antara tugas yang perlu dilaksanakan Azmi sebaik menyandang tugas itu adalah menyelia pelaksanaan projek LRT3 baharu bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan serta pergerakan penduduk di Klang, Shah Alam dan Bandar Utama.

Prasarana, Rapid KL, Azmi Abdul Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Lain