suria

Bank Rakyat Sasar RM150 Juta Pembiayaan Modal Ar-Rahnu Flexi

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menyasarkan RM150 juta pembiayaan modal melalui program Ar-Rahnu Flexi di 30 cawangan Ar-Rahnu baharu yang akan diusahakan koperasi pada 2015.

Ar-Rahnu Flexi adalah satu kemudahan untuk koperasi mendapatkan modal pusingan perniagaan Ar-Rahnu yang menawarkan tempoh maksimum pembiayaan sehingga lima tahun dengan had pengeluaran 80 peratus daripada nilai emas yang digadai (nilai marhun).

Naib Presiden Kanan Perbankan Korporat, Abdul Razak Abu Bakar berkata, secara purata setiap cawangan itu akan menerima RM5 juta suntikan modal.

"Setakat ini, sejumlah RM370 juta telah diagihkan kepada 28 koperasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu.

"Hasil RM1.4 juta berjaya direkodkan oleh Bank Rakyat setiap bulan sejak perniagaan Ar-Rahnu dijalankan pada 2008," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, peniaga seharusnya bersedia untuk memberi cagaran kepada pinjaman yang dibuat sama ada dalam bentuk saham atau harta.

"Menerusi pakej pembiayaan yang kompetitif, ia mampu menarik lebih banyak koperasi di Malaysia menjadi pemegang francais bagi perniagaan Ar-Rahnu, sekali gus membantu menguruskan aliran wang tunai dengan cekap.

"Bagi mentransformasi perniagaan supaya ia menjadi lebih baik dan besar, koperasi perlu membuat persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan sumber kewangan," katanya.

Ban Rakyat, Ar-Rahnu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain