KUALA LUMPUR: Dagangan sekuriti Hibiscus Petroleum Bhd digantung mulai 9 pagi pada Khamis.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Hibiscus Petroleum mengumumkan bahawa ia memohon penggantungan dagangan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sehingga 5 petang sementara menunggu pengumuman.
Saham syarikat mencatatkan 87 sen pada penggantungan.
Hibiscus Petroleum ialah syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas bebas yang pertama disenaraikan di Malaysia.