suria

TN50 Sediakan Rakyat Hadapi Revolusi Perindustrian Keempat - PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama para saintis selepas mengadakan sesi meja bulat Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama saintis di Bangunan Perdana Putra, Selasa.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.

Beliau berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad.

Sambil memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon.

“Inilah gaya hidup  yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat bersedia menghadapinya. Kita tidak boleh ubah masa depan tetapi kita boleh bantu rakyat untuk bersedia menghadapi masa adepan, “ katanya dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat TN50 dengan para saintis Malaysia di sini, Selasa.

Kira-kira 20 saintis dari pelbagai bidang menghadiri dialog meja bulat itu di Perdana Putra di sini. Turut hadir  Presiden Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Asma Ismail dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid. 

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata  lebih banyak peruncit berhadapan dengan kemungkinan menutup perniagaan mereka pada permulaan Revolusi Perindustrian Keempat.

"Dalam masa terdekat kemungkinan lebih ramai lagi akan terancam apabila lebih banyak yang membeli secara dalam talian. Ini telah meningkatkan perkongsian perniagaan peruncit biasa.

“Kita melihat tanda-tanda ini di banyak negara. Malaysia tidak terkecuali. Oleh itu kita perlu menyediakan rakyat kita. Ini yang sebenarnya kita perlu ambil perhatian,” katanya.

Najib berkata kerajaan komited dengan pendekatan dari bawah ke atas untuk predikat TN50 bagi memastikan arah masa depan dan visi negara  mencerminkan aspirasi rakyat dan memberikan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.

"Kerajaan memulakan penglibatan TN50 dengan golongan muda kerana  ia milik mereka. Kemudian kami perluaskan penglibatan itu untuk meliputi semua segmen dalam masyarakat, termasuk masyarakat awam, ahli akademi, kakitangan awam dan ahli profesional.

Najib, TN50

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain