suria

Nad Zainal kritikal, terdapat pendarahan pada paru-paru

Keadaan Nad masih belum baik selepas dimasukkan ke hospital pada Ahad.

KEADAAN terkini pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ahad lalu dilaporkan semakin kritikal.

Berita itu dikongsi oleh rakan artis iaitu Ungku Ismail yang turut berada di hospital ketika dihubungi mStar pada pagi Rabu.

"Nad sekarang kritikal. Dia masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dan keadaannya lemah disebabkan kandungan oksigen kurang dalam darah.

nad zainal 2

Ungku harap semua dapat doakan untuk kesihatan Nad.

"Doktor perlu letakkan dia dalam keadaan rehat supaya lebih stabil," katanya.

Berkongsi perkembangan lain, Ungku memberitahu terdapat pendarahan di bahagian paru-paru aktres berkenaan dan dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

"Sebelum ini doktor dah berikan antibiotik, kemudian ada pendarahan di bahagian paru-paru. Itu yag baru berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru

"Pihak hospital akan menjalani beberapa rawatan lain pagi ini (Rabu) untuk masalah tersebut," ujarnya.

Dalam masa sama, Ungku turut memohon doa orang ramai agar mendoakan rakan baiknya itu kembali pulih.

nad zainal 3

Nad perlu jalani beberapa rawatan susulan.

Dia juga berharap tidak ada mana-mana pihak yang membuat sebarang spekulasi berkaitan penyakit yang dihidapi Nad demi menjaga hati keluarga.

"Sejak masuk hospital Ahad lalu, saya memang ada sentiasa menemani dia. Saya cuba bantu apa yang termampu ketika dia dalam keadaan begini.

"Sama-samalah kita doakan Nad kembali pulih. Harap tidak ada sebarang spekulasi yang tidak betul!" ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain