suria

Ramai kata wajah anak kedua Anzalna Nasir mirip presiden Rusia, netizen doa jadi PM Malaysia suatu hari nanti 

Ramai bersetuju wajah Emirhan mirip presiden Rusia tetapi versi bayi.

PELAKON Anzalna Nasir tidak berkecil hati apabila ada yang menyamakan wajah anak keduanya iaitu Mohamad Emirhan Mohamad Hanif dengan presiden Rusia, Vladimir Putin tetapi versi bayi.

Anzalna sebaliknya teruja apabila wajah Emirhan dikatakan mirip seorang presiden terkenal dunia.

"Happy 6 months old Emirhan! Ramai orang cakap muka Emirhan macam presiden Rusia versi bayi. Amboi, orang samakan rupa dengan presiden ya," katanya.

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Anzalna sering berkongsi perkembangan Emirhan di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, peminat pelakon berkenaan bersetuju wajah bayinya itu mirip dengan Putin namun Emirhan lebih comel.

Peminat juga menjangkakan bayinya itu akan menjadi seorang lelaki yang kacak apabila dewasa nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat hari Jumaat, Anzalna selamat bersalin anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna perlu masa padam foto lama di media sosial, akui berubah bukan sekelip mata

"Betul macam Vladimir Putin! Haha, betul sama. Masya Allah handsome la dia," komen netizen.

Tidak hanya itu, peminat turut mendoakan agar Emirhan menjadi seorang perdana menteri Malaysia suatu hari nanti.

"Muka macam Vladimir Putin. Ini bakal perdana menteri Malaysia nanti," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain