suria

Tolak reviu produk besarkan payudara dan punggung, Puteri Balqis mohon maaf - “Saya bawah umur”

Aqish mohon maaf terpaksa menolak untuk buat reviu produk.

PELAKON Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak permintaan untuk membuat reviu menerusi laman sosialnya ekoran produk diberikan tidak bersesuaian dengan masalah kesihatan dihadapinya ketika ini.

Jelas Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, ketika ini dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur dalam dos yang tinggi menyebabkan dia tidak boleh sewenang-wenangnya mencuba produk yang mungkin akan memberi kesan lain kepada kesihatannya.

"Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambol sekarang dosnya agak tinggi dan kuat.

"Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.

Masalah kesihatan yang dialami Balqis sering mendapat perhatian peminat

"Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan," katanya.

Aqish membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Sementara itu, pelakon filem KL Special Force itu memberitahu senarai produk yang terpaksa ditolak adalah produk memutihkan wajah, jami dan krim payudara serta produk makanan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya kekok dan takut" - Banyak akaun palsu muncul, Puteri Balqis akhirnya ada akaun TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan Puteri Balqis beri kesan kepada kerjaya, nama digugurkan bintangi drama 14 episod

"Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.

"Ada juga minta saya promosi jami dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

"Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi ada kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam," jelasnya.

Untuk rekod, Balqis sebelum ini mendedahkan terpaksa mendapatkan kaunseling daripada pakar psikiatri bagi merawat masalah gangguan emosi dihadapinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain