suria

Mafarikha imbau lihat 3 pesakit Covid-19 meninggal dunia, sering menangis sampai mental ‘koyak’

Mafarikha kongsi pengalaman duduk hospital selama sebulan.

SUDAH sebulan berlalu penyanyi Mafarikha Akhir dijangkiti Covid-19 tahap lima, penyanyi Mafarikha Akhir memberitahu masih tidak dapat melupakan beberapa insiden sepanjang dia dimasukkan ke hospital.

Mafarikha, 29, berkata, bukan mudah untuk mengekalkan kewarasan sepanjang berada di hospital apatah lagi menyaksikan sendiri beberapa pesakit meninggal dunia.

"Sejak 24 Oktober 2022, tiga pesakit kritikal meninggal dunia di sebelah saya. Untuk kekal waras di hospital bukan mudah tapi hidup mesti diteruskan!

Mafarikha lihat orang meninggal akibat Covid-19 depan mata.

"Saya telah melihat banyak perkara dalam tempoh 29 hari ini, seperti pesakit yang jantungnya terhenti selama enam minit dan hidup semula tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

"Lagi lama saya dekat sini saya fikir saya mungkin bertukar jadi doktor atau jururawat," katanya.

Mafarikha berkongsi pengalaman itu menerusi Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang air masuk paru-paru, Mafarikha terpaksa tahan lapar beberapa hari... alami batuk berdarah akibat Covid-19 tahap lima

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang rusuk kanan Mafarikha terpaksa ditebuk, ada kemungkinan hidap tibi

Tambahnya, mentalnya 'penat' apabila melihat seorang lagi pesakit meninggal dunia apatah lagi melihat masih ramai pesakit Covid-19 di dalam wad.

Keadaan itu membuatkan dia sering menangis dan permintaan untuk pulang ke rumah tidak dibenarkan memandangkan keadaan dirinya juga masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, Mafarikha turut berkongsi beberapa adab ketika melawat pesakit yang ditidurkan atau dalam keadaan separuh sedar.

Sejak 24 Oktober 2022. Tiga pesakit kritikal telah meninggal dunia di sebelah saya.

MAFARIKAH AKHIR

PENYANYI

Malah dia juga mengingatkan setiap waris yang melawat tidak perlu menangis di sisi pesakit kerana mereka ditidurkan dan bukannya terlelap dengan sendiri.

"Cuba buat mereka rasa tenang, sebab mereka mendengar. Cakap dengan nada yang perlahan dan tenang. Jangan baca ayat kuat-kuat atau meraung. Jaga adab.

"Cakap kepada mereka bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi dan semua orang sedang menunggu mereka untuk bangun. Jadi, pesakit secara tidak langsung akan berjuang untuk terus hidup," kongsinya.

Screenshot-2022-11-16-at-9.47.10-AM-1

Mafarikah kongsi adab melawat pesakit.

Sebelum ini, Mafarikha memberitahu bahawa tulang rusuk bahagian kanannya akan ditebuk selepas paru-paru dalam keadaan tidak stabil.

Penyanyi ini menjelaskan dia dijangkiti Covid-19 sejurus selepas pulang bercuti dari Tukiye bersama suami.

Mafarikha juga berkongsi beberapa simptom yang dialaminya seperti kesukaran nafas dan juga batuk berdarah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain