suria

[V] Fuad Rahman rancang menetap di Kuala Lumpur, mahu rancakkan kembali karier nyanyian selepas tersingkir GV9

SELEPAS gagal melayakkan diri ke final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), penyanyi Fuad Rahman memberitahu akan terus menetap di Kuala Lumpur.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, agak sukar sekiranya dia perlu berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan persembahan dan projek lain selepas ini.

"Insya Allah kalau ada rezeki banyak tawaran menyanyi di sini, saya perlu memberi fokus untuk terus berada di Kuala Lumpur.

"Saya pun sudah mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan di sini," katanya kepada mStar.

fuad1 - 1

Fuad tersingkir di minggu separuh akhir GV9.

Fuad ditemui selepas tamat konsert minggu kesepuluh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Fuad turut tidak menolak untuk membawa isteri dan anak-anaknya menetap bersamanya di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian ke final musnah, Dina Nadzir dan Fuad Rahman tersingkir separuh akhir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Parut di punggung masih 'rasa' pedih, Fuad Rahman serik disebat! - "Mak saya pun tak pukul macam itu"

Bagaimanapun buat masa sekarang dia akan bersendirian dan akan membawa keluarga tinggal bersamanya apabila keadaan sudah stabil.

"Insya Allah isteri saya akan datang ke sini tapi buat sementara waktu ini biarlah saya seorang sahaja yang berpindah ke Malaysia," katanya.

Insya Allah, saya akan berpindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya nyanyian di sini.

FUAD RAHMAN

PENYANYI

Sementara itu, bercakap soal penyingkirannya, Fuad mengakui dia mengalami masalah kesihatan sejak tiga minggu lalu sehingga membuatkan persembahan terganggu.

Menurut Fuad, dia ada berjumpa doktor dan turut diberikan suntikan untuk melegakan tekak.

fuad2 - 1

Fuad tidak menolak rezeki sekiranya berpeluang mencari rezeki di Malaysia.

"Sudah tiga minggu saya mengalami gejala batuk yang agak teruk sehingga perlu mendapatkan suntikan di klinik.

"Saya tidak kecewa kerana sakit itu datangnya daripada Allah SWT. Mungkin dia nak hapuskan dosa-dosa saya, jadi bersyukur dan reda dengan ketentuan ini," ujarnya.

Minggu akhir GV9 bakal menyaksikan enam peserta berentap merebut gelaran juara iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hairul Nizam dan kumpulan V.E.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain