suria

Puteri Sarah nak jadi YB pertahan hak wanita, mula langkah dalami ilmu politik

Sarah mahu membela hak wanita di Malaysia.

KETIKA ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia sedang menanti siapakah bakal perdana menteri yang baharu diumumkan, pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila menyatakan hasrat bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, dia mahu bertanding bagi memperjuangkan hak dalam kalangan wanita memandangkan perkara itu dipandang remeh sebelum ini.

"Lagi lima tahun nak bertanding juga.

"Nak bertanding untuk pertahankan hak wanita sebab perkara itu di Malaysia tidak kuat. Kena ada seseorang yang lantang untuk bercakap buat mangsa," katanya.

sarah 2

Sarah mahu dalami isu politik untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Sarah meluahkan perkara itu di Instastory miliknya pada Selasa dan turut membuka undian bertanya pendapat kepada peminat tentang hasratnya itu.

Impian tersebut juga seakan serius apabila isteri kepada Syamsul yusof itu mahu memulakan langkah dengan mendalami ilmu politik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah dedah ada ahli keluarga Kazar akan diheret ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang...” Puteri Sarah minta netizen bincangkan kenyataan Kazar

"Buat masa sekarang saya belajar dahulu tentang politik dan undang-undang. Politik yang berkaitan dengan ekonomi dan kesihatan.

"Mengambil diploma atau ijazah sarjana muda untuk pengiktirafan juga adalah langkah terbaik. Mula melihat daripada aspek ini dan keperlua dari semua sudut," katanya.

sarah 3

Sarah bersama dua orang anaknya.

Sejak beberapa bula lalu kisah rumah tangga Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian ramai apabila dia memulakan langkah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Sarah sebelum ini memberitahu sudah lebih empat tahun mendiamkan diri sebelum mengambil keputusan mempertahankan haknya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain