suria

Diana Danielle bangga dengan Farid Kamil, minta netizen jangan politikkan pegang watak Anwar Ibrahim 

Diana Danielle sentiasa sokong karier suami.

PELAKON Diana Danielle bangga dengan keberanian suaminya iaitu Farid Kamil apabila merebut peluang melakonkan watak tokoh politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem berjudul Anwar terbitan produksi dari Indonesia.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 31, bagaimanapun berkata, dia berharap masyarakat tidak melihat penglibatan Farid dalam filem arahan Viva Mesti itu sebagai agenda politik.

"Kita semua nak cari makan, nak ada karier dan ini adalah perjalanannya. Saya harap perkara ini tidak dipolitikkan dan mempertikaikan mengapa Farid menerima tawaran berlakon sebagai Anwar Ibrahim.

Diana berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem terbaharu arahan Farid berjudul Remp-It 2 yang diadakan pada malam Isnin.

Diana Danielle beri sokongan penuh kepada suami.

Dalam pada itu, Diana berkata, suaminya itu ada meminta pandangannya sebelum memberi jawapan kepada pihak produksi dan menyokong keputusan Farid untuk melakonkan watak figura berkenaan.

Katanya, dia melihat peluang itu sebagai satu langkah mengembangkan karier seni dan bukannya bersifat politik apatah lagi jarang ada produksi tempatan yang mengetengahkan karya biografi.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle dedah pernah setahun tak sekolah, alami gangguan pemakanan anoreksia nervosa

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terbawa-bawa watak Nadia di luar set penggambaran, ‘She Was Pretty’ versi Malaysia tambat hati penonton

"Saya bangga dengan Farid apabila dia melakonkan watak ini malah saya sama sekali tidak nampak ia sebagai satu beban yang besar.

"Dia ada bincang dengan saya dan sebagai pelakon kena cari peluang dan ia bukan sekadar politik. Saya nasihatkan teruskan kerana ini peluang yang sangat baik," ujarnya.

Kongsi Diana, Farid tidak berdepan sebarang tekanan sepanjang menjalani penggambaran filem terbitan Bianglala Entertainment itu memandangkan suaminya itu sememangnya seorang yang tenang.

Kita semua nak cari makan... nak ada karier cemerlang dan ini adalah perjalanannya.

DIANA DANIELLE

PELAKON

"Farid seorang manusia yang tenang, jadi saya tak nampak struggle dia. Suami juga seorang pendiam dan hanya bercakap benda-benda yang perlu.

"Apabila benda itu susah dia akan simpan sendiri. Sampai waktu yang tepat dia akan cakap benda yang sepatutnya. Saya rasa lelaki memang macam itu, dia hanya kongsi benda yang perlu," katanya lagi.

Terdahulu, Farid memaklumkan bertemu Anwar sebanyak dua kali semata-mata untuk mendalami karakternya dengan lebih baik.

52326

Farid Kamil bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Filem itu berkisarkan tentang perjalanan karier politik dan kontroversi yang melanda tokoh politik itu daripada tahun 1993 hingga 1998 dan dijangka menemui penonton tahun hadapan.

Antara yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah perjuangan Anwar melawan rasuah serta kontroversi beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Sebelum ini, tular gambar Farid bersama aktres Indonesia, Acha Septriasa yang memainkan watak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sehingga ia menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain