suria

Penulis ‘7 Hari Mencintaiku’ Siti Rosmizah masih di ICU akibat Covid-19 tapi tunjuk perkembangan positif

Rosmizah masih dirawat di ICU.

KEADAAN penerbit Siti Rosmizah Semail dilaporkan masih kritikal sejak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 31 Disember tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Syed Muhamad Izzudin yang merupakan penerbit eksekutif di SROnes Sdn Bhd (syarikat penerbitan milik Rosmizah), doktor bagaimanapun memaklumkan wanita itu mula menunjukkan perkembangan baik sejak Selasa.

"Dia (Rosmizah) dibawa ke hospital pada 30 Disember kerana kurang sihat. Selepas melakukan ujian saringan doktor sahkan dia terkena jangkitan Covid-19. Pada awalnya hanya di wad biasa namun disebabkan kesukaran bernafas, dia dimasukkan ke ICU.

siti rosmizah

Rosmizah alami kesukaran bernafas akibat jangkitan Covid-19.

"Bagaimanapun suaminya memaklumkan keadaan Rosmizah semakin baik pada pada Selasa. Dia sudah boleh makan, namun masih di ICU," katanya kepada mStar.

Tambah Syed, pihak hospital perlu memantau keadaan Rosmizah, 52, kerana bimbang akan mengalami masalah kesukaran bernafas lebih teruk selain faktor usia yang mungkin membuatkan tahap imunisasi tidak kuat.

Penerbit dan penulis drama popular 7 Hari Mencintaiku ini dikatakan jarang jatuh sakit dan disebabkan itu keluarga amat bimbang apabila dia secara tiba-tiba kurang sihat.

ARTTIKEL BERKAITAN: Penerbit dan penulis novel ‘7 Hari Mencintaiku’ Siti Rosmizah kritikal akibat Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru

"Rosmizah memang jarang jarang dapat sakit dan sangat kuat bekerja. Sesekali kalau sakit keadaannya memang agak teruk dan disebabkan itu pihak keluarga membawanya ke hospital sebelum ini.

"Dijangka doktor perlu memantau keadaannya dalam tempoh dua minggu. Memandangkan faktor usia dia mungkin berisiko tinggi dan perlu diberi perhatian lebih," ujarnya.

Sebelum itu berita Rosmizah dimasukkan ke ICU dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi satu perkongsian di laman Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain