suria

“Kalau ternampak itulah orangnya” - Fizi Ali sedang diulit bahagia, sudah berteman sejak 6 bulan lalu

Fizi sedia untuk kembali berumah tangga.

SETAHUN selepas bercerai, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali sedang melalui fasa bahagia apabila sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 29 tahun sejak enam bulan lalu.

Enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, bagaimanapun berkata, sekiranya ada sesiapa ternampak dia bersama seorang perempuan itu adalah kekasihnya.

“Sekarang ini dalam proses perkenalan serius. Boleh kata dia adalah wanita istimewa.

fizi ali 33

Fizi mengakui sedang bahagia.

“Dia ada pernigaan sendiri dan kami kenal sejak enam bulan lalu bermula dari sekadar kawan-kawan sahaja. Kalau ada yang nampak kami keluar berdua itulah orangnya,” kata Fizi kepada mStar.

Fizi berterus terang mengenai perkara itu selepas berkongsi wajah teman wanitanya itu di Instagram miliknya.

Bercakap tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Fizi bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali rugi RM1,000 dua beg berisi coklat lesap... Tiba-tiba ada individu DM mengaku terambil di jeti Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali hilang sabar dengan Shakilla Khoriri! Hidup jahanam selepas bercerai... Selama ini puas jaga aib

“Jodoh itu semuanya kerja Tuhan. Kalau jodoh berpanjangan saya terima.

“Lelaki dan wanita perlukan pasangan dalam hidup. Bukan hanya keluarga dan orang keliling, kena ada seseorang untuk kongsi perasaan” ujarnya.

Tambah Fizi, wanita berkenaan juga sedia menerima dirinya yang berstatus duda anak satu.

Jodoh itu semuanya kerja Tuhan. Kalau jodoh berpanjangan saya terima

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

Dalam masa sama Fizi sudah mengingatkan tentang cabaran berkasih dengan seorang selebriti sepertinya kerana pasti akan ada yang beranggapan negatif.

“Saya dah beritahu dia kena kuat. Nanti macam-macam orang akan cakap. Mungkin ada yang belum move on dengan kisah lama.

“Dia okey sahaja dan sedia berhadapan dengan semua itu,” ujarnya.

fizi ali 22

Fizi bersama anaknya, Ameena Sofia.

Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan bercerai Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan Nur Ameena Sofia, 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain