suria

Butik Fitri Haris terselamat kebakaran kedua sederet Wisma Jakel, alami kerugian ratusan ribu ringgit... akan pulang duit pelanggan tempahan dijilat api 

Fitri Haris usaha untuk butik kembali beroperasi semula.

INSIDEN kebakaran Wisma Jakel di Shah Alam sekali lagi menjadi perhatian apabila bangunan tersebut kembali dijilat api pada pagi Selasa.

Menerusi video yang tular, kebakaran itu dilihat berhampiran dengan butik milik penyanyi nasyid Dr Fitri Haris iaitu Al Mukarramah yang sebelum ini turut 80 peratus terbakar.

Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 38, bagaimanapun memberitahu kebakaran kedua itu tidak melibatkan butik miliknya.

"Kejadian hari ini di bahagian atas dan tidak melibatkan kedai saya, ia ditingkat atas premis Bank Simpanan Nasional (BSN). Buat masa sekarang, kejadian masih dalam tempoh siasatan kerana melibatkan lintar pintas dan juga kebakaran dari Wisma Jakel," katanya kepada mStar.

Kebakaran di butik Fitri Haris pada 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut mengenai kebakaran tersebut, Fitri memaklumkan dia mengalami kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit namun semua masih lagi dalam siasatan.

"Sebelum ini staf hanya sempat keluarkan baju-baju dan juga duit, yang lain semua habis terbakar. Anggaran masih belum dapat dipastikan lagi, sebab stock untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dah masuk mungkin dalam ratusan ribu juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya butik milik Fitri Haris turut terbakar di Wisma Jakel, mohon doa buat semua peniaga terkesan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shah Alam berasap lagi! Kedai tingkat atas sederet Wisma Jakel pula terbakar

"Boleh dikatakan sangat rugi. Ketika ini kami masih lagi dalam proses kemas kini," katanya lagi.

Tambah Fitri, dia tidak pasti bila butik berkenaan dapat kembali beroperasi semula namun ketika ini dia hanya mahu lebih fokus kepada tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan-pelanggannya.

Selain itu, Fitri akan memulangkan kembali wang pelanggan selepas tempahan mereka hangus dijilat api.

63b1429936013-lee-seung-gi_1265_711

Fitri Haris tanggung kerugian ratusan ribu.

"Kita cuba untuk buka semula, memandangkan sales banyak berlaku pada bulan Ramadan dan juga Hari Raya. Saya tak berani nak cakap sempat atau tidak untuk buka semula kerana kita dalam proses kemas kini sekarang ini.

"Tapi kami ada satu lagi kedai yang tidak terjejas. Jadi sekarang ini kami fokus nak selesaikan mana yang dah buat tempahan. Mana yang dah tak ada stock kami terpaksa pulangkan semula duit.

"Saya rasa mungkin ambil masa untuk beroperasi semula, mungkin setengah tahun untuk kembali pulih sepenuhnya melainkan kami pindah ke bangunan lain.

"Kami masih belum berbincang lagi untuk berpindah kerana nak mencari tempat lain pun memerlukan kos yang banyak," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain